Syarat-syarat & Peraturan:-


  1. Peraduan Dutch Lady "Jadi Bijak, Jadi Terkenal" akan dijalankan dari 01 Mac 2012 hingga 30 April 2012 ["Tempoh Peraduan"]. Dutch Lady Milk Industries Berhad berhak untuk memendekkan atau memanjangkan Tempoh Peraduan. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan.

  2. Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia, kecuali kakitangan Dutch Lady Milk Industries Berhad dan ahli keluarga terdekat mereka, pengedar, agensi pengiklanan dan promosi Dutch Lady Milk Industries Berhad.

  3. Salinan fotostat borang penyertaan adalah dibenarkan. Anda boleh menghantar seberapa banyak penyertaan tetapi setiap penyertaan mestilah disertakan dengan bukti pembelian seperti yang tertakluk di dalam borang peraduan.

  4. eraduan dibahagikan kepada dua peringkat:
    1. HADIAH HARIAN x 183 - Penyertaan yang diterima semasa minggu peraduan berpeluang untuk memenangi Hadiah Harian. Dua puluh satu (21) peserta dengan susunan yang selaras dengan susunan paling popular minggu tersebut akan memenangi Hadiah Harian. Sekiranya berlaku seri, peserta dengan borang penyertaan yang menepati susunan paling popular yang paling banyak diterima akan memenangi Hadiah Harian. Sekiranya berlaku keputusan seri lagi, peserta dengan borang penyertaan terawal akan memenangi Hadiah Harian.

    2. HADIAH UTAMA x 3 - Sepuluh (10) pemenang Hadiah Utama yang layak akan dipilih daripada 183 pemenang Hadiah Harian. Untuk mendapatkan penyertaan yang layak, 183 pemenang Hadiah Harian akan dibahagikan dengan sepuluh (10) dan dibundarkan kepada nombor bulat paling dekat yang lebih rendah iaitu 18. Maka penyertaan ke-18, ke-36 dan seterusnya akan dipilih sebagai pemenang Hadiah Utama yang layak. Kesemua sepuluh (10) pemenang Hadiah Utama yang layak akan dijemput ke Kuala Lumpur (semua kos perjalanan adalah tanggungjawab peserta) untuk mengambil bahagian dalam satu acara untuk menentukan tiga (3) pemenang Hadiah Utama. Sekiranya pemenang Hadiah Utama yang layak gagal menghadiri acara atas sebarang sebab atau gagal untuk menjadi pemenang Hadiah Utama, pemenang tersebut hanya akan memenangi Hadiah Harian. Hadiah Utama adalah seperti berikut:

      1. Rumah Pintar ("Smart Home Makeover" bernilai RM80,000) atau
      2. Biasiswa bernilai RM80,000 atau
      3. Kereta Pintar - Ford Fiesta 1.6L Sport Ti-VCT Automatik

        • Hadiah tidak termasuk sebarang insurans, pendaftaran dan cukai jalan di mana kos tersebut akan ditanggung oleh pemenang. Dutch Lady Milk Industries Berhad berhak menukar warna, ciri-ciri dan spesifikasi kereta

    3. Para pemenang akan dimaklumkan melalui pos atau telefon. Kesemua hadiah mestilah dituntut atas perbelanjaan sendiri dalam tempoh 30 hari selepas Tempoh Peraduan.

  5. Bukti kiriman tidak akan dianggap sebagai bukti penerimaan. Dutch Lady Milk Industries Berhad tidak akan bertanggungjawab ke atas borang penyertaan yang hilang, lewat atau tersilap alamat.

  6. Dutch Lady Milk Industries Berhad berhak membatalkan kelayakan peserta secara automatik bagi sebarang penyertaan yang tidak lengkap, sukar dibaca, rosak, lewat atau tidak mempunyai bukti pembelian yang sah.

  7. Dutch Lady Milk Industries Berhad berhak untuk menggantikan hadiah peraduan dengan hadiah-hadiah lain yang sama nilainya tanpa sebarang notis. Semua hadiah tidak boleh ditukar milik.

  8. Para pemenang harus bertanggungjawab sepenuhnya jika berlaku sebarang kemalangan, kecederaan, kerosakan atau tuntutan akibat penyertaan di dalam peraduan ini.

  9. Dutch Lady Milk Industries Berhad berhak menyiarkan, menggunakan nama dan/atau gambar pemenang serta penyertaan mereka untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan tanpa sebarang bayaran pampasan mahupun pemberitahuan dan setiap peserta tidak berhak membuat sebarang tuntutan ke atas penggunaan penyertaan tersebut oleh pihak penganjur.

  10. Dengan menyertai peraduan ini, setiap peserta harus bersetuju untuk mematuhi Syarat-Syarat dan Peraturan rasmi yang ditetapkan serta segala keputusan Dutch Lady Milk Industries Berhad.

  11. Dutch Lady Milk Industries Berhad berhak untuk meminda, membatal atau mengubahsuai peraduan ini tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu.

  12. Keputusan para pengadil adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.

  13. Untuk menyertai peraduan melalui pos biasa, hantarkan penyertaan anda ke Peraduan Dutch Lady "Jadi Bijak, Jadi Terkenal", Peti Surat 3202, 47507 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan. Penyertaan-penyertaan yang diterima melalui perkhidmatan kurier, perkhidmatan penghantaran ekspres, perkhidmatan penghantaran berdaftar dan/atau sebarang kaedah penghantaran yang lain akan dibatalkan secara automatik.