Tip untuk malam yang bebas stres bersama si manja

Tip untuk malam yang bebas stres bersama si manja

Si manja anda mungkin sudah mula bersekolah dan jadual hariannya adalah padat. Tambahan lagi, masanya juga harus dibahagikan untuk kerja rumah, bermain dan masa bersama keluarga. Kanak-kanak pada usia ini juga memerlukan tidur selama 10 hingga 12 jam, menjadikan ia sukar untuk mencari masa bagi melakukan apa yang perlu.

Dengan sedikit perancangan, anda boleh memaksimumkan masa si manja dan memupuk amalan yang baik sepanjang perjalanan ini.

Masa untuk tidur harus tetap: Walaupun si manja merungut dan berkeras tidak mahu tidur, anda harus berdiri teguh dan pastikan dia menepati masa tidur yang telah ditetapkan. Ini bukan sahaja memastikan dia mendapat rehat yang secukupnya untuk hari yang optimum di sekolah keesokan hari, malah ia juga mengajar si manja untuk berdisiplin.

Tetapkan masa untuk rehat : Selepas sehari suntuk di sekolah, kanak-kanak memerlukan masa untuk menenangkan diri sebelum waktu tidur. Tenang dan rehatkan fikirannya dengan membaca bersama-sama, berbual dari hati ke hati, atau mendengar muzik yang santai.

Pek pada malam sebelumya : Daripada anda begegas pada waktu pagi, cuba untuk pek sebanyak yang mungkin pada malam sebelumnya. Luangkan sedikit masa pada malam sebelumnya untuk memastikan hari yang lancar pada keesokan hari.