Sila pastikan Dasar Privasi ini dibaca dengan teliti sebelum menggunakan atau memberi maklumat ke laman sesawang ini.

Penggunaan maklumat

Kami menghormati hak-hak privasi para pengguna laman sesawang ini. Tiada maklumat peribadi diperlukan untuk mengakses laman sesawang ini namun sekiranya maklumat peribadi diperlukan bagi tujuan tertentu yang dinyatakan dalam laman sesawang ini, anda dikehendaki untuk memberikan maklumat yang benar dan tepat

Pengumpulan Maklumat Peribadi Yang Boleh Dikenalpasti.

Dutch Lady Malaysia mengumpul data peribadi yang boleh dikenalpasti mengenai anda bagi tujuan untuk menyediakan perkhidmatan atau untuk memberi maklumbalas kepada anda. Ini adalah hanya sekiranya anda memberi maklumat yang diperlukan secara sukarela. (Maklumat peribadi yang boleh dikenalpasti adalah sebarang maklumat yang boleh digunakan untuk mengenalpasti atau menghubungi individu tertentu dan sebarang maklumat lain berkaitan dengan individu tersebut.)

Pendedahan maklumat

Dutch Lady Malaysia tidak akan berkongsi maklumat ini dengan sesiapa pun yang bukan daripada syarikat-syarikat sekutunya melainkan mengikut undang-undang dan seperti yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini.

Laman ini mungkin mengandungi pautan-pautan atau rujukan-rujukan kepada laman-laman sesawang yang lain di mana Dasar Privasi ini tidak boleh diguna pakai. Dutch Lady Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap amalan-amalan privasi atau kandungan di dalam laman-laman sesawang yang lain. Sila pastikan anda membaca dengan teliti dan bersetuju dengan Dasar Privasi setiap laman sesawang yang dilayari.

Setiap kali anda menghantar maklumat menerusi laman sesawang ini, anda bersetuju dengan pengumpulan, penggunaan dan pendedahan maklumat tersebut mengikut Dasar Privasi ini. Sekiranya anda memaklumkan kepada Dutch Lady Malaysia bahawa maklumat tersebut tidak lagi boleh digunakan pakai bagi tujuan menghubungi anda seterusnya, Dutch Lady Malaysia akan menghormati permintaan anda.

Dutch Lady Malaysia berhak untuk menukar atau mengemaskini Dasar Privasi ini pada bila-bila masa. Sekiranya kami menukar Dasar dan Prosedur Privasi atas talian, kami akan memaparkan perubahan-perubahan tersebut di dalam laman sesawang ini bagi memastikan anda mengetahui tentang maklumat terkini yang terkumpul, bagaimana cara kami menggunakannya dan dalam keadaan bagaimana kami akan mendedahkannya. Sebarang perubahan atau kemaskini akan berkuatkuasa serta-merta setelah dipaparkan di laman-laman sesawang. Sila semak sekerap mungkin, terutamanya sebelum anda memberikan sebarang maklumat peribadi yang boleh dikenalpasti.

Notis Pematuhan Syarat PDPA Dutch Lady Milk Industries Berhad

Selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (selepas ini disebut sebagai “Akta tersebut”) yang mengawal selia pemprosesan data peribadi untuk tujuan transaksi komersial, kami memberi anda notis seperti berikut (untuk tujuan notis bertulis ini, terma “data peribadi” dan “pemprosesan” hendaklah mempunyai maksud yang ditetapkan dalam Akta):

  1. Data peribadi anda yang sedang diproses oleh atau bagi pihak Dutch Lady dan data peribadi anda telah atau boleh dikumpulkan pada masa depan, dari maklumat yang anda telah beri kepada kami dalam apa-apa borang dan mana-mana dokumen Dutch Lady yang lain.
  2. Data peribadi yang diproses oleh kami termasuk nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon, alamat, gambar, imej, perkongsian, testimoni dan maklumat lain. Kami ingin menegaskan bahawa apa-apa kegagalan untuk menyediakan data peribadi atau penarikan balik kebenaran anda untuk memberi dan untuk kami memproses data peribadi anda pada kemudiannya boleh mengakibatkan kami tidak dapat memproses data peribadi anda untuk Tujuan-Tujuan (seperti yang dinyatakan di bawah).
  3. Kami sedang memproses data peribadi anda, termasuk apa-apa maklumat tambahan yang mungkin anda berikan kemudian untuk tujuan-tujuan berikut ("Tujuan-Tujuan"):

    a. untuk memberikan kepada anda bahan dan maklumat pemasaran atau promosi;
    b. apa-apa tujuan lain, secara langsung atau tidak langsung yang berkaitan dengan tujuan di atas dan aktiviti-aktiviti Dutch Lady. (selepas ini disebut secara kolektif sebagai “Tujuan-Tujuan”)

  4. Maklumat peribadi anda mungkin dizahirkan kepada orang awam, syarikat induk kami, anak-anak syarikat, syarikat berkaitan dan/atau bersekutu, pemegang lesen, rakan kongsi perniagaan, pengedar dan/atau pembekal perkhidmatan (termasuk tetapi tidak terhad kepada penasihat undang-undang kami, juruaudit dan bank) untuk apa-apa Tujuan. Seterusnya, data peribadi anda mungkin akan dipindahkan ke lokasi-lokasi di luar Malaysia.
  5. Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa maklumat yang anda berikan adalah tepat, lengkap dan tidak mengelirukan dan terkini. Anda boleh mengakses dan memohon untuk membetulkan data peribadi anda, mengehadkan pemprosesan data peribadi anda, atau menghubungi kami untuk apa-apa pertanyaan berkaitan dengan data peribadi anda seperti yang berikut:

    PIC: Dutch Lady Careline
    No. Telefon: 1-800-88-1191
    Alamat E-mel: dutchladycareline@frieslandcampina.com

    Kami berhak untuk tidak mematuhi permintaan anda untuk mengakses atau untuk membuat pembetulan ke atas data peribadi anda di bawah Akta tersebut dan sekiranya kami enggan mematuhi permintaan tesebut, kami akan memaklumkan kepada anda tentang keengganan kami berserta alasan-alasan kami.

  6. Apabila anda memberikan data peribadi anda atau maklumat mengenai orang lain kepada kami, anda mengesahkan bahawa mereka telah melantik anda untuk bertindak bagi pihak mereka, untuk bersetuju bagi memproses data peribadi mereka dan untuk menerima notis perlindungan data bagi pihak mereka.
  7. Sekiranya terdapat sebarang ketidakseragaman antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia ke atas Notis ini, maka versi Bahasa Inggeris akan digunakan.