Dapatkan sampel percuma sekarang! Mohon sekarang

Susu ibu adalah yang terbaik untuk Si Manja anda

Pertubuhan Kesihatan Dunia mengesyorkan penyusuan ibu secara eksklusif bagi 6 bulan pertama Si Manja. Penyusuan menggunakan botol atau pemberian makanan dan minuman lain boleh memberi kesan negatif terhadap penyusuan ibu. Selepas berusia enam bulan, Si Manja perlulah diberikan makanan yang bersesuaian dengan umurnya disamping penyusuan ibu sehingga berumur dua tahun dan keatas. Dapatkan nasihat doktor sebelum memilih untuk menggunakan susu formula kanak-kanak atau sekiranya anda mengalami kesukaran berkenaan penyusuan ibu.



Saya tidak bersetuju. Layari laman Friesland Campina.

Dutch Lady Nutri Plan Create (4-6 tahun) menyokong pemikiran kreatif dan fungsi otak Si Manja.

Dutch Lady Create (4-6 Tahun)

Pada umur 4-6 tahun, Si Manja akan menjadi lebih kreatif dan berimaginasi. Si Manja akan mula menggunakan kreativiti untuk menyelesaikan masalah yang memerlukan penyesuaian dan pemikiran yang fleksibel. Perkembangan otak sangat penting pada fasa ini di mana Si Manja mula belajar, menghafal dan berinteraksi.

Dapatkan sampel percuma
Create

Tahap Kebijaksanaan:

Dari umur 4-6 tahun, kanak-kanak mula:
  • Mencipta pengakhiran baru untuk kisah-kisah yang biasa didengarnya
  • Membina sesuatu benda berpandukan langkah-langkah mudah
  • Membayangkan permainan baru dan bermain suka berimaginasi

Nutrisi Penting:

Membantu menyokong ketahanan semula jadi badan serta fungsi otak kanak-kanak:
  • DHA
  • Magnesium
  • Kolina
  • Tirosina
  • Vitamin D

Perisa dan Saiz Pek:

Boleh didapati dalam:

650g & 900g

  • Biasa
  • Madu
  • Coklat
^Sumber : Malaysia Recommended Nutrient Intakes (RNI) for children 4-6 years old (based on average 945 kcal)
^Sumber : Malaysia Recommended Nutrient Intakes (RNI) for children 4-6 years old (based on average 945 kcal)
Purata komposisi Setiap 100g Setiap sajian 220ml Setiap 100g Setiap sajian 220ml Setiap 100g Setiap sajian 200ml
Tenaga 440kcal
1845kJ
176kcal
738kJ
440kcal
1845kJ
176kcal
738kJ
430kcal
1845kJ
206kcal
864kJ
Protein 14.7g 5.9g 14.7g 5.9g 14.7g 7.1g
Casein 11.8g 4.7g 11.8g 4.7g 11.8g 5.7g
L-tryptophan 200mg 80mg 200mg 80mg 195mg 94mg
L-tirosina 800mg 320mg 800mg 320mg 760mg 365mg
TT-RatioTM
(Tryptophan : Tirosina)
1 : 4 1 : 4 1 : 4 1 : 4 1 : 3.9 1 : 3.9
Lemak 13.5g 5.4g 13.5g 5.4g 13.0g 6.2g
Yang terdiri daripada
Asid lemak monotidaktepu 5.7g 2.3g 5.7g 2.3g 5.3g 2.5g
Asid lemak politidaktepu 2.2g 0.9g 2.2g 0.9g 1.9g 0.9g
Asid dokosaheksenoik (DHA) 40mg 16.0mg 40mg 16.0mg 34mg 16.3mg
Asid Arakidonik (AA) 8.0mg 3.2mg 8.0mg 3.2mg 7.0mg 3.4mg
Asid linoleik (Omega 6) 1810mg 724mg 1810mg 724mg 1585mg 761mg
Asid α-linolenik (Omega 3) 250mg 100mg 250mg 100mg 215mg 103mg
Asid lemak tepu 5.6g 2.2g 5.6g 2.2g 5.8g 2.8g
Asid lemak trans 0.14g 0.06g 0.14g 0.06g 0.14g 0.07g
Karbohidrat 64.2g 25.7g 64.3g 25.7g 62.7g 30.1g
Sukrosa 0g 0g 0g 0g 12.7g 61g
Asid sialik (SA) 82mg 32.8mg 82mg 32.8mg 74mg 35.5mg
Serat Diet 1.0g 0.4g 1.0g 0.4g 3.1g 1.5g
Frukto-oligosakarida (FOS) 1.0g 0.4g 1.0g 0.4g 0.82g 0.4g
Kelembapan 3.5g 3.5g 3.5g
Mineral
Kalsium 495mg 198mg 495mg 198mg 455mg 218mg
Zat Besi 7.1mg 2.8mg 7.1mg 2.8mg 6.4mg 3.1mg
Magnesium 45mg 18mg 45mg 18mg 77mg 37mg
Zinck 2.9mg 1.2mg 2.9mg 1.2mg 2.1mg 1.0mg
Iodin 110µg 44µg 110µg 44µg 49µg 24µg
Selenium 10µg 4.0µg 10µg 4.0µg 11µg 5.3µg
Vitamins
A total 350µg-RE 140µg-RE 350µg-RE 140µg-RE 325µg-RE 156µg-RE
Retinol 315µg 126µg 315µg 126µg 295µg 142µg
β-carotene 200µg 80µg 200µg 80µg 175µg 84µg
D3 11.4µg 4.6µg 11.4µg 4.6µg 10.2µg 4.9µg
E 7.6mg 3.0mg 7.6mg 3.0mg 6.5mg 3.1mg
K1 21µg 8.4µg 21µg 8.4µg 18µg 8.6µg
B1 400µg 160µg 400µg 160µg 345µg 166µg
B2 570µg 228µg 570µg 228µg 520µg 250µg
Niacin 8.4mg-NE 3.4mg-NE 8.4mg-NE 3.4mg-NE 8.1mg-NE 3.9mg-NE
B6 410µg 164µg 410µg 164µg 350µg 168µg
Folic acid 96µg 38µg 96µg 38µg 82µg 39µg
Pantothenic acid 2.0mg 0.8mg 2.0mg 0.8mg 1.7mg 0.8mg
B12 1.6µg 0.6µg 1.6µg 0.6µg 1.4µg 0.7µg
Biotin 11µg 4.4µg 11µg 4.4µg 9.7µg 4.7µg
C 100mg 40mg 100mg 40mg 85mg 41mg
Choline 125mg 50mg 125mg 50mg 105mg 50mg
Taurine 52mg 21mg 52mg 21mg 45mg 22mg
  • Adakah rangkaian Dutch Lady 4-Tahap Nutri Plan™ˇ dengan 5X DHA* masih mengandungi kandungan DHA yang sama berbanding formula sebelum (5X DHA)?
    Ya, produk kami masih mengandungi kandungan DHA yang sama berbanding rangkaian sebelum ini (5x DHA). Malah, kami juga telah menambah kandungan DHA untuk Dutch Lady Explore™ (dirumus untuk kanak-kanak berumur 2-4 tahun).
  • Apakah itu “Tahap Kebijaksanaan”?
    Kanak-kanak berlajar dan membentuk pemikiran bijak selari dengan perkembangan mentalnya. Tahap Kebijaksanaan adalah pencapaian seorang kanak-kanak dari umur 1 – 6+ tahun.
  • Apakah maksud nutrisi dirumus khas untuk tahap kebijaksanaan?
    Nutrisi dirumuskan untuk Tahap Kebijaksanaan bermaksud nutrisi dirumus khas untuk membantu menyokong perkembangan kanak-kanak untuk setiap tahap kebijaksanaan.
  • Saya tak pasti produk manakah yang sesuai untuk si manja saya.
    Berikut adalah panduan untuk membantu si manja memilih formula yang sesuai untuk si manja mengikut umurnya:

    1 tahun (12-23 bulan) 
    Dutch Lady Curious™ (1-2 tahun)

    2 tahun (24-35 bulan)
    Dutch Lady Explore™ (2-4 tahun)

    3 tahun (36-47 bulan)
    Dutch Lady Explore™ (2-4 tahun)

    4 tahun
    Dutch Lady Create™ (4-6 tahun)

    5 tahun
    Dutch Lady Create™ (4-6 tahun)

    6 tahun
    Dutch Lady Learn™ (6+ tahun)
  • Bagaimanakah boleh saya membantu memudahkan si manja menyesuaikan diri dengan formula baru ini?

    Hari 1 – 3:

    • Teruskan rutin penyusuan biasa dengan susu tepung rumusan untuk kanak-kanak sedia ada untuk penyusuan pertama dan ketiga.
    • Gunakan Susu tepung rumusan untuk Kanak-Kanak Dutch Lady 4-Tahap Nutri Plan™ˇ dengan 5X DHA* untuk penyusuan kedua.


    Hari 4 – 6:

    • Teruskan rutin penyusuan biasa dengan susu tepung rumusan untuk kanak-kanak sedia ada untuk penyusuan pertama.
    • Gunakan Susu tepung rumusan untuk Kanak-Kanak Dutch Lady 4-Tahap Nutri Plan™ˇ dengan 5X DHA* untuk penyusuan kedua dan ketiga.


    Hari 7 dan seterusnya:

    • Tahniah! Susu tepung rumusan untuk Kanak-Kanak Dutch Lady 4-Tahap Nutri Plan™ˇ dengan 5X DHA* kini menjadi susu harian si manja.
  • Bilakah boleh saya harapkan si manja belajar berenang dengan betul dan bukannya bermain dalam air?
    Anda boleh memulakan kelas renang si manja sekarang juga, tetapi anda perlu ingat bahawa dia mungkin tidak dapat mengusai pergerakan otot yang diperlukan sehingga peringkat yang seterusnya. Ini bermakna, untuk mempelajari cara renang yang betul adalah mencabar. Yang paling penting adalah untuk si manja mempelajari cara berenang yang selamat. Hubungi persatuan renang yang berhampiran untuk mengetahui kelas apa yang sesuai untuk si manja anda.
  • Apakah yang boleh saya harapkan daripada si manja di peringkat ini?

    Berikut adalah beberapa perkara yang boleh anda harapkan daripada si manja di peringkat ini.

    • Dia lebih selesa untuk meninggalkan anda, mungkin dengan keadaan teruja terutamanya jika dia akan ke rumah kawan untuk bermain.
    • Dia akan mempelajari nilai persahabatan.
    • Dia lebih rela untuk melakukan kerja-kerja rumah.
  • Bilakah si manja akan kehilangan giginya yang pertama?

    Secara purata, kanak-kanak akan kehilangan gigi susunya di peringkat ini. Ada juga yang akan kehilangan gigi mereka sebelum mencapai peringkat ini, dan ada juga yang hanya akan kehilangan gigi bila mereka di peringkat yang seterusnya. Kanak-kanak yang tumbuh gigi lebih awal juga akan kehilangan gigi tersebut lebih awal. Yang paling penting adalah untuk menjaga gigi si manja anda. Walaupun gigi susu tidak kekal, itu tidak bermakna anda tidak perlu menjaganya. Gigi susu yang tercabut sebelum gigi kekal sedia untuk tumbuh boleh memberi kesan terhadap pertuturan dan pemakanan si manja. Gigi susu juga bertindak sebagai “pemegang tempat”sementara rahang si manja membesar untuk menempatkan gigi baru yang lebih besar.

  • Bilakah boleh si manja mula mandi sendiri?

    Di peringkat ini, si manja mungkin ingin mandi dan menggunakan syampu dengan sendiri ketika mandi. Biarkan dia menyapu sabun serta syampu dan membasuh dirinya sendiri. Walau bagaimanapun, anda harus bantu membersihkan bahagian yang terlepas dari pandangan si manja.

  • Bilakah boleh si manja belajar untuk mengikat tali kasutnya?
     Anda boleh mengajar si manja bagaimana untuk mengikat tali kasutnya sekarang tetapi ingat, anda harus bersabar dan membantunya sehingga dia boleh mengikat talinya sendiri. Begitu juga dengan memakai dan menanggalkan baju. Berlatih bersamanya sekerap yang mungkin, dan pastikan ia sati satu pengalaman yang menyeronokkan.
  • Patutkah saya risau sekiranya si manja mempunyai seorang kawan khayalan?
    Anda seharusnya berasa gembira kerana si manja mempunyai imaginasi yang menarik dan kreatif. Kawan khayalan bukanlah satu masalah. Ia sebenarnya adalah satu cara untuk si manja belajar bagi membezakan yang baik dan buruk. Tetapi dia mungkin menyalahkan kawan khayalannya bagi kesalahan yang telah dia lakukan. Jika dia berbuat begitu, dengar sahaja dan kemudian, ingatkannya tentang peraturan anda secara lemah-lembut.

    Jangan perbesarkan hal kawan khayalan si manja. Jangan pertikaikannya, dan mempersoalkannya terlalu banyak, dan jangan berpura-pura untuk berbual bersama kawan khayalan si manja. Biar dia nikmati saat-saat bersama kawan khayalannya. Ini adalah fasa biasa yang dilalui kanak-kanak untuk ke peringkat tumbesaran yang seterusnya.
  • Bagaimanakah boleh saya menggalakkan si manja untuk makan sayur-sayuran?
    Anda boleh mula dengan tmenunjukkan contoh yang baik. Jika si manja melihat anda memakan pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan yang berwarna warni, dia juga mungkin ingin mencuba. Anda juga boleh menjadi kreatif dengan sayur-sayuran. Potong atau hiriskan sayuran dan masak bersama sos pasta, mufin, telur dadar dan sebagainya. Jadikan sayur-sayuran satu pengalaman yang menyeronokkan dengan memotong lobak atau brokoli menjadi snek yang boleh dimakan bersama sos kegemarannya. Atau cuba susunkan sayur-sayuran menjadi bentuk yang menarik di atas pinggan, contohnya muka yang sedang senyum. Walau apa pun yang anda lakukan, jangan paksa si manja untuk makan sayur-sayuran.
  • Si manja enggan makan daging. Apakah yang patut saya lakukan?
    Jika si manja enggan memakan daging, ia mungkin kerana dia tidak suka akan rasanya. Cuba untuk hilangkan rasa daging dengan memasak dalam hidangan kecil bersama makanan yang disukai. Bila dia mula menyukai rasanya, si manja akan makan hidangan daging dengan lebih banyak. Jika dia tidak sukakan tekstur daging, berikan si manja hirisan lembut atau gunakan daging cincang. Atau masak daging tersebut dalam kaserol atau stu untuk menjadikan daging tersebut lebih lembut dan mudah untuk dikunyah dan ditelan. Daging adalah sumber penting bagi zat-zat seperti zat besi, zink, protein dan vitamin B. Untuk membekalkan si manja nutrien yang tidak mencukupi akibat tidak memakan daging, berikannya ikan, telur, bijirin dan kekacang. Namun, makanan tersebut tidak mengandungi kandungan zat besi yang sama seperti daging. Makanan kaya zat besi yang boleh anda berikan termasuk sayur-sayuran hijau serta bijirin sarapan yang diperkuatkan dengan zat besi.
  • Bilakah boleh saya mengajar si manja untuk membaca?
    Si manja akan belajar membaca mengikut masanya yang sendiri. Malah, para penyelidik percaya bahawa sehingga pertengahan atau hujung peringkat ini, kebanyak kanak-kanak belum boleh menghasilkan hubungan neural yang diperlukan untuk mentafsir abjad-abjad bagi membentuk perkataan. Cuba untuk menanam sikap suka membaca dalam diri si manja dengan menjadikan amalan membaca sebahagian daripada rutin hariannya. Buat si manja teruja dengan kisah-kisah menarik, ajarnya perkataan yang berima, dan bagaimana untuk membunyikan setiap abjad.
  • Mengapakah si manja terjaga pada waktu malam?
    Terjaga pada waktu malam adalah perkara biasa dan sebahagian daripada kitaran tidur kita; yang paling penting adalah untuk tidur semula tanpa sebarang bantuan. Perasaan takut pada raksasa, hantu ada benda-benda lain yang menyeramkan boleh menyebabkan tidur yang terganggu. Mimpi buruk juga boleh menyebabkan si manja terlompat dari katilnya ke katil anda. Gangguan terhadap rutin biasa si manja, seperti penyakit atau percutian juga boleh menyebabkannya terjaga pada waktu malam.

Ketahui tentang produk Dutch Lady Nutri Plan yang lain

Curious (1-2 Tahun) Explore (2-4 Tahun) Learn (6+ Tahun)