Cubalah Dutch Lady Nutri Plan™ sekarang! Mohon sekarang Beli Sekarang

Susu ibu adalah yang terbaik untuk Si Manja anda

Pertubuhan Kesihatan Dunia mengesyorkan penyusuan ibu secara eksklusif bagi 6 bulan pertama Si Manja. Penyusuan menggunakan botol atau pemberian makanan dan minuman lain boleh memberi kesan negatif terhadap penyusuan ibu. Selepas berusia enam bulan, Si Manja perlulah diberikan makanan yang bersesuaian dengan umurnya disamping penyusuan ibu sehingga berumur dua tahun dan keatas. Dapatkan nasihat doktor sebelum memilih untuk menggunakan susu formula kanak-kanak atau sekiranya anda mengalami kesukaran berkenaan penyusuan ibu.



Saya tidak bersetuju. Layari laman Friesland Campina.

Dutch Lady Nutri Plan Curious (1-2 Tahun) menyokong perkembangan visual dan fungsi otak Si Manja.

Dutch Lady Curious™ (1-2 Tahun)

Pada umur 1-2 tahun, sifat ingin tahu dalam diri Si Manja akan meningkat. Di peringkat ini, Si Manja akan mula memerhati, menggenggam, bermain dan menuding jari. Si Manja memerlukan penglihatan yang baik untuk melakukan aktiviti-aktiviti ini. Perkembangan otak juga penting pada fasa ini di mana Si Manja mula belajar dan mengingati segala yang dilihat di sekelilingnya.

Dapatkan sampel percuma     Beli Sekarang
Curious™

Tahap Kebijaksanaan:

Dari umur 1-2 tahun, kanak-kanak mula:
  • Ingin tahu bagaimana dunia di sekelilingnya berfungsi
  • Suka meniru aksi orang lain
  • Berminat untuk mencari objek-objek yang tersembunyi

Nutrisi Penting:

Membantu menyokong perkembangan visual dan fungsi otak kanak-kanak:

  • DHA
  • Inositol
  • Vitamin A
  • Taurine
  • Vitamin D

Perisa dan Saiz Pek:

Boleh didapati dalam:

350g

  • Biasa
  • Madu

650g & 900g

  • Biasa
  • Madu
  • Coklat
^Sumber : Malaysia Recommended Nutrient Intakes (RNI) for children 1-3 years old (based on average 945 kcal)
^Sumber : Malaysia Recommended Nutrient Intakes (RNI) for children 1-3 years old (based on average 945 kcal)
Purata komposisi Setiap 100g Setiap sajian 220ml Setiap 100g Setiap sajian 220ml Setiap 100g Setiap sajian 200ml
Tenaga 450kcal
1875kJ
180kcal
750kJ
450kcal
1875kJ
180kcal
750kJ
435kcal
1825kJ
209kcal
876kJ
Protein 16.5g 6.6g 16.5g 6.6g 16.0g 7.7g
L-tryptophan 225mg 90mg 225mg 90mg 215mg 103mg
L-tirosina 895mg 358mg 895mg 358mg 830mg 398mg
TT-RatioTM
(Tryptophan : Tirosina)
1 : 4 1 : 4 1 : 4 1 : 4 1 : 3.9 1 : 3.9
Lemak 15.3g 6.1g 15.3g 6.1g 14.3g 6.9g
Yang terdiri daripada
Asid lemak monotidaktepu 6.4g 2.6g 6.4g 2.6g 5.8g 2.8g
Asid lemak politidaktepu 2.5g 1.0g 2.5g 1.0g 2.2g 1.1g
Asid dokosaheksenoik (DHA) 40mg 16mg 40mg 16mg 30mg 14.4mg
Asid linoleik (Omega 6) 2035mg 814mg 2035mg 814mg 1750mg 840mg
Asid α-linolenik (Omega 3) 280mg 112mg 280mg 112mg 240mg 115mg
Asid lemak tepu 6.4g 2.6g 6.4g 2.6g 6.3g 3.0g
Asid lemak trans 0.14g 0.06g 0.14g 0.06g 0.13g 0.06g
Karbohidrat 60.5g 24.2g 60.5g 24.2g 60g 28.8g
Sukrosa 0g 0g 0g 0g 12.3g 5.9g
Asid sialik (SA) 85mg 34mg 85mg 34mg 75mg 36mg
Serat Diet 0.5g 0.2g 0.5g 0.2g 2.6g 1.2g
Frukto-oligosakarida (FOS) 0.5g 0.2g 0.5g 0.2g 0.41g 0.20g
Kelembapan 3.5g 3.5g 3.5g
Mineral
Kalsium 615mg 246mg 615mg 246mg 500mg 240mg
Zat Besi 6.5mg 2.6mg 6.5mg 2.6mg 6.5mg 3.1mg
Magnesium 68mg 27mg 68mg 27mg 75mg 36mg
Zinck 4.3mg 1.7mg 4.3mg 1.7mg 3.2mg 1.5mg
Iodin 115µg 46µg 115µg 46µg 88μg 42μg
Selenium 14µg 5.6µg 14µg 5.6µg 11μg 5.3μg
Vitamins
A total 395µg-RE 158µg-RE 395µg-RE 158µg-RE 355μg-RE 170μg-RE
Retinol 355µg 142µg 355µg 142µg 320μg 154μg
β-carotene 225µg 90µg 225µg 90µg 190μg 91μg
D3 8.5µg 3.4µg 8.5µg 3.4µg 7.0μg 3.4μg
E 9.1mg 3.6mg 9.1mg 3.6mg 7.5mg 3.6mg
K1 37µg 14.8µg 37µg 14.8µg 28μg 13.4μg
B1 610µg 244µg 610µg 244µg 475μg 228μg
B2 635µg 254µg 635µg 254µg 550μg 264μg
Niacin 9.0mg-NE 3.6mg-NE 9.0mg-NE 3.6mg-NE 7.2mg-NE 3.5mg-NE
B6 600µg 240µg 600µg 240µg 475μg 228μg
Folic acid 185µg 74µg 185µg 74µg 130μg 62μg
Pantothenic acid 2.6mg 1.0mg 2.6mg 1.0mg 2.3mg 1.1mg
B12 1.8µg 0.7µg 1.8µg 0.7µg 1.5μg 0.7μg
Biotin 12µg 4.8µg 12µg 4.8µg 11μg 5.3μg
C 100mg 40mg 100mg 40mg 100mg 48mg
Choline 90mg 36mg 90mg 36mg 80mg 38mg
Inositol 130mg 52mg 130mg 52mg 95mg 46mg
Taurine 65mg 26mg 65mg 26mg 53mg 25mg
  • Adakah rangkaian Dutch Lady 4-Tahap Nutri Plan™ˇ dengan 5X DHA* masih mengandungi kandungan DHA yang sama berbanding formula sebelum (5X DHA)?
    Ya, produk kami masih mengandungi kandungan DHA yang sama berbanding rangkaian sebelum ini (5x DHA). Malah, kami juga telah menambah kandungan DHA untuk Dutch Lady Explore™ (dirumus untuk kanak-kanak berumur 2-4 tahun).
  • Apakah itu "Tahap Kebijaksanaan"?
    Kanak-kanak berlajar dan membentuk pemikiran bijak selari dengan perkembangan mentalnya. Tahap Kebijaksanaan adalah pencapaian seorang kanak-kanak dari umur 1 – 6+ tahun.
  • Apakah maksud nutrisi dirumus khas untuk tahap kebijaksanaan?
    Nutrisi dirumuskan untuk Tahap Kebijaksanaan bermaksud nutrisi dirumus khas untuk membantu menyokong perkembangan kanak-kanak untuk setiap tahap kebijaksanaan.
  • Saya tak pasti produk manakah yang sesuai untuk si manja saya.
    Berikut adalah panduan untuk membantu si manja memilih formula yang sesuai untuk si manja mengikut umurnya:

    1 tahun (12-23 bulan) 
    Dutch Lady Curious™ (1-2 tahun)

    2 tahun (24-35 bulan)
    Dutch Lady Explore™ (2-4 tahun)

    3 tahun (36-47 bulan)
    Dutch Lady Explore™ (2-4 tahun)

    4 tahun
    Dutch Lady Create™ (4-6 tahun)

    5 tahun
    Dutch Lady Create™ (4-6 tahun)

    6 tahun
    Dutch Lady Learn™ (6+ tahun)
  • Bagaimanakah boleh saya membantu memudahkan si manja menyesuaikan diri dengan formula baru ini?

    Hari 1 – 3:

    • Teruskan rutin penyusuan biasa dengan susu tepung rumusan untuk kanak-kanak sedia ada untuk penyusuan pertama dan ketiga.
    • Gunakan Susu tepung rumusan untuk Kanak-Kanak Dutch Lady 4-Tahap Nutri Plan™ˇ dengan 5X DHA* untuk penyusuan kedua.


    Hari 4 – 6:

    • Teruskan rutin penyusuan biasa dengan susu tepung rumusan untuk kanak-kanak sedia ada untuk penyusuan pertama.
    • Gunakan Susu tepung rumusan untuk Kanak-Kanak Dutch Lady 4-Tahap Nutri Plan™ˇ dengan 5X DHA* untuk penyusuan kedua dan ketiga.


    Hari 7 dan seterusnya:

    • Tahniah! Susu tepung rumusan untuk Kanak-Kanak Dutch Lady 4-Tahap Nutri Plan™ˇ dengan 5X DHA* kini menjadi susu harian si manja.
  • Si manja saya masih belum boleh berkata-kata. Perlukah saya risau?
    Jika si manja belum boleh bercakap di peringkat ini, ia adalah disebabkan oleh beberapa punca, tetapi bukanlah sesuatu yang perlu dibimbangkan. Kemahiran bahasa kanak-kanak lelaki terbentuk lebih perlahan berbanding kanak-kanak perempuan. Kanak-kanak yang pendiam biasanya akan menunggu sehingga dia betul-betul faham apa yang didengari sebelum mula bercakap. Walau bagaimanapun, sekiranya anda masih risau, bawa si manja berjumpa dengan seorang pakar perubatan.
  • Perlukah saya memberi lebih makanan kepada si manja?
    Perut si manja anda masih kecil. Jadi hidangan yang kecil adalah baik dan normal. Tetapi amatlah penting untuk pastikan pemakanannya adalah cukup. Ada kalanya, mungkin dia makan lebih banyak atau lebih kurang daripada hari-hari biasa, tetapi jangan risau kerana ini adalah perkara biasa. Anda boleh berikan snek yang sihat di antara waktu makan, seperti sandwic mini yang boleh dia nikmati ketika bermain.

    Si manja sudah kenyang jika dia:

    • berpaling muka dan tidak membuka mulut semasa anda menyuapkannya;
    • menolak makanan;
    • berkata ‘tidak’; 
    • memasukkan makanan dalam mulut tetapi tidak mahu menelannya; 
    • meludahkan makanan, berulang-ulang kali;
    • cuba memanjat keluar dari kerusi;
    • seperti tercekik dan ingin muntah;
    • menangis dan menjerit.
  • Bilakah boleh saya mula melatih si manja untuk menggunakan tandas?

    Tiada umur yang telah ditetapkan, tetapi kebanyakan kanak-kanak mempunyai kemahiran untuk menggunakan tandas dalam peringkat ini semasa tumbesaran mereka. Si manja sudah bersedia jika dia:

    • membuang air besar pada masa yang dijangkakan dan bukan pada waktu malam;
    • tidak membuang air selepas 1-2 jam, atau bangun dengan lampin yang kering selepas tidur;
    • boleh memakai dan membuka seluar sendiri;
    • kelihatan berminat apabilabila anda ke tandas;
    • menunjukkan bahawa dia tidak selesa dalam lampin yang kotor;
    • boleh memahami dan mengikut arahan yang mudah;
    • tahu perkataan buang air besar dan buang air kecil, atau yang berkaitan;
    • sedar bahawa dia sedang buang air besar atau kecil;
    • memberitahu anda bahawa dia perlu membuang air kecil atau besar sebelum melakukannya.
  • Bagaimanakah boleh saya menguruskan si manja yang cerewet dalam pemakanan?
    Kebanyakan kanak-kanak melalui fasa di mana mereka hanya memakan makanan yang mereka tahu kerana mereka takut untuk mencuba makanan yang baru. Mujurlah fasa ini juga akan berlalu dan pergi. Berikut adalah beberapa cara untuk anda menggalakkan waktu makan yang tidak cerewet:
    • Pastikan si manja bersenam secukupnya agar seleranya terbuka sewaktu makan.
    • Makan bersama-sama supaya si manja boleh belajar untuk makan makanan baru dengan melihat dan meniru anda atau ahli keluarga lain.
    • Berikan komen positif tentang makanan yang anda makan supaya si manja mahu mencubanya.
    • Puji si manja apabila dia makan dengan baik.
    • Jadikan waktu makan sesuatu yang tenang dan menyeronokkan; berbual tentang perkara lain selain makanan, dan biarkan si manja makan bersama kanak-kanak lain sekerap mungkin.
    • Pastikan tiada gangguan lain seperti TV, mainan atau buku sewaktu makan. Biarkan si manja menggunakan tangan untuk makan, atau mengotorkan meja makan sekiranya dia mahu.
    • Makan pada waktu yang konsisten.
    • Pastikan si manja tidak keletihan sewaktu makan.
    • Hadkan waktu makan kepada30 minit.
    • Pastikan si manja sentiasa berminat untuk makan menggunakan pelbagai resipi.
  • Perlukah saya berjumpa seorang doktor untuk mengetahui sekiranya tumbesaran si manja adalah lebih perlahan daripada biasa?
    Ingat bahawa setiap kanak-kanak membesar mengikut kelajuan dan masanya sendiri. Walau bagaimanapun, adalah baik untuk berjumpa doktor sekiranya si manja:
    • tidak boleh berjalan di pertengahan peringkat ini;
    • tidak tahu atau memahami penggunaan objek harian;
    • tidak boleh bertutur sekurang-kurangnya enam perkataan di pertengahan peringkat ini, atau ayat dengan dua perkataan di hujung peringkat ini;
    • tidak meniru percakapan atau aksi;
    • tidak boleh mengikut arahan yang mudah;
    • kehilangan kemahiran yang sebelum ini ada.
  • Bolehkah anak saya menonton rancangan di televisyen, computer dan sebagainya?
    Di peringkat ini, anda harus menjauhkan si manja daripada televisyen, tablet dan computer. Jika anda membenarkan si manja menonton sebarang rancangan, pastikan hanya 10 minit sahaja untuk satu sesi. Jika berlebihan, dia akan mula hilang fokus. Pastikan tiada set televisyen di dalam bilik si manja. Jangan pasangkan televisyen di semasa waktu makan kerana ini akan dapat memupuk disiplin dan ia boleh menjelaskan kepada si manja bahawa ada waktu dan tempat bagi setiap aktiviti.

    Anda juga perlu memilih program yang bersesuaian untuk si manja nikmati tonton. Kemudian, beritahunya lima minit sebelum rancangan tersebut tamat, untuk mempersiapkan si manja bagi aktiviti yang seterusnya. Kalau boleh, tontonilah program tersebut bersamanya untuk mengeratkan lagi jalinan kekeluargaan di samping memantau apa yang didedahkan dalam program tersebut.
  • Adakah gula akan menjadikan anak saya terlebih aktif?
    Kebanyakan kajian telah menyimpulkan bahawa gula tidak menyebabkan si manja menjadi terlebih aktif. Diet yang tiada gula tidak akan menghalang si manja daripada melompat sana sini. Tetapi ada banyak kelebihan untuk mengurangkan makanan bergula. Makanan bergula biasanya tiada nutrisi dan meningkatkan risiko obesiti, penyakit jantung dan kerosakan gigi.
  • Bagaimanakah boleh saya membantu si manja untuk suka membasuh rambut?
    Kanak-kanak memang tidak suka membasuh rambut. Ini adalah perkara biasa. Satu penyelesaian adalah untuk mendapatkan pelindung air yang boleh dipakai di atas kepalanya. Satu lagi cara adalah untuk fokus terhadap cara rambut si manja dibasuh. Biar dia menggosok rambutnya sendiri menggunakan syampu. Kemudian, bantu dia untuk mencipta bentuk seperti tanduk, buih atau mahkota menggunakan rambutnya yang berbuih untuk hiburkan hatinya. Dan bila tiba giliran anda untuk membasuh rambut anda, biar dia menyapukan syampu pada rambut anda. Jadikan cucian rambut satu aktiviti yang menyeronokkan.
  • Bagaimanakah boleh saya menggalakkan si manja untuk suka membaca?
    Membaca buku bersama si manja setiap hari sebelum dia tidur pasti akan membantunya menanam sikap suka membaca. Walaupun jika anda tidak membaca kesemua bahagian dalam buku tersebut, dia tetap suka mendengar anda bercerita tentang gambar yang ada dalam buku tersebut. Amalkan membaca bersama si manja sehingga dia boleh mengenal pasti haiwan, objek dan warna dalam buku tersebut.

Ketahui tentang produk Dutch Lady Nutri Plan yang lain

Explore™ (2-4 Tahun) Create™ (4-6 Tahun) Learn™ (6+ Tahun)