Cubalah Dutch Lady Nutri Plan™ sekarang! Mohon sekarang Beli Sekarang

Susu ibu adalah yang terbaik untuk Si Manja anda

Pertubuhan Kesihatan Dunia mengesyorkan penyusuan ibu secara eksklusif bagi 6 bulan pertama Si Manja. Penyusuan menggunakan botol atau pemberian makanan dan minuman lain boleh memberi kesan negatif terhadap penyusuan ibu. Selepas berusia enam bulan, Si Manja perlulah diberikan makanan yang bersesuaian dengan umurnya disamping penyusuan ibu sehingga berumur dua tahun dan keatas. Dapatkan nasihat doktor sebelum memilih untuk menggunakan susu formula kanak-kanak atau sekiranya anda mengalami kesukaran berkenaan penyusuan ibu.



Saya tidak bersetuju. Layari laman Friesland Campina.

Dutch Lady Nutri Plan Explore (2-4 tahun) menyokong ketahanan semula jadi badan dan fungsi otak Si Manja.

Dutch Lady Explore™ (2-4 Tahun)

Pada umur 2-4 tahun, Si Manja menjadi lebih aktif dan mula meneroka persekitarannya. Di tahap ini, Si Manja akan merasa dan menyentuh persekitarannya untuk memahami bagaimana dunia ini berfungsi. Ini akan menguji ketahanan semula jadi badan Si Manja. Perkembangan otak juga penting pada fasa ini di mana Si Manja mula mengaplikasikan apa yang telah dipelajari daripada persekitarannya.

Dapatkan sampel percuma     Beli Sekarang
Explore™

Tahap Kebijaksanaan:

Dari umur 2-4 tahun, kanak-kanak mula:
  • Menyelesaikan teka-teki yang mudah
  • Mengenali dan menunjuk objek-objek yang biasa dilihat
  • Berupaya untuk memadankan objek dan bentuk

Nutrisi Penting:

Membantu menyokong ketahanan semula jadi badan serta fungsi otak kanak-kanak:

  • DHA
  • Magnesium
  • Selenium
  • Vitamin D
  • Zink

Perisa dan Saiz Pek:

Boleh didapati dalam:

350g

  • Biasa
  • Madu

650g & 900g

  • Biasa
  • Madu
  • Coklat
^Sumber : Malaysia Recommended Nutrient Intakes (RNI) for children 1-3 years old (based on average 945 kcal)
^Sumber : Malaysia Recommended Nutrient Intakes (RNI) for children 1-3 years old (based on average 945 kcal)
Purata komposisi Setiap 100g Setiap sajian 220ml Setiap 100g Setiap sajian 220ml Setiap 100g Setiap sajian 200ml
Tenaga 450kcal
1875kJ
180kcal
750kJ
450kcal
1875kJ
180kcal
750kJ
435kcal
1825kJ
209kcal
876kJ
Protein 16.5g 6.6g 16.5g 6.6g 16.0g 7.7g
L-tryptophan 225mg 90mg 225mg 90mg 215mg 103mg
L-tirosina 895mg 358mg 895mg 358mg 830mg 398mg
TT-RatioTM
(Tryptophan : Tirosina)
1 : 4 1 : 4 1 : 4 1 : 4 1 : 3.9 1 : 3.9
Lemak 15.3g 6.1g 15.3g 6.1g 14.3g 6.9g
Yang terdiri daripada
Asid lemak monotidaktepu 6.4g 2.6g 6.4g 2.6g 5.8g 2.8g
Asid lemak politidaktepu 2.5g 1.0g 2.5g 1.0g 2.2g 1.1g
Asid dokosaheksenoik (DHA) 50mg 20mg 50mg 20mg 38mg 18.2mg
Asid linoleik (Omega 6) 2035mg 815mg 2035mg 814mg 1750mg 840mg
Asid α-linolenik (Omega 3) 280mg 112mg 280mg 112mg 240mg 115mg
Asid lemak tepu 6.4g 2.6g 6.4g 2.6g 6.3g 3.0g
Asid lemak trans 0.14g 0.06g 0.14g 0.06g 0.13g 0.06g
Karbohidrat 60.5g 24.2g 60.5g 24.2g 60g 28.8g
Sukrosa 0g 0g 0g 0g 12.3g 5.9g
Asid sialik (SA) 85mg 34mg 85mg 34mg 75mg 36mg
Serat Diet 0.5g 0.2g 0.5g 0.2g 2.6g 1.2g
Frukto-oligosakarida (FOS) 0.5g 0.2g 0.5g 0.2g 0.41g 0.20g
Kelembapan 3.5g 3.5g 3.5g
Mineral
Kalsium 615mg 246mg 615mg 246mg 500mg 240mg
Zat Besi 6.5mg 2.6mg 6.5mg 2.6mg 6.5mg 3.1mg
Magnesium 84mg 34mg 84mg 34mg 89mg 43mg
Zinck 4.3mg 1.7mg 4.3mg 1.7mg 3.2mg 1.5mg
Iodin 115µg 46µg 115µg 46µg 88μg 42μg
Selenium 21µg 8.4µg 21µg 8.4µg 16μg 7.7μg
Vitamins
A total 395µg-RE 158µg-RE 395µg-RE 158µg-RE 355μg-RE 170μg-RE
Retinol 355µg 142µg 355µg 142µg 320μg 154μg
β-carotene 225µg 90µg 225µg 90µg 190μg 91μg
D3 8.5µg 3.4µg 8.5µg 3.4µg 7.0μg 3.4μg
E 9.1mg 3.6mg 9.1mg 3.6mg 7.5mg 3.6mg
K1 37µg 14.8µg 37µg 14.8µg 28μg 13.4μg
B1 610µg 244µg 610µg 244µg 475μg 228μg
B2 635µg 254µg 635µg 254µg 550μg 264μg
Niacin 9.0mg-NE 3.6mg-NE 9.0mg-NE 3.6mg-NE 7.2mg-NE 3.5mg-NE
B6 600µg 240µg 600µg 240µg 475μg 228μg
Folic acid 185µg 74µg 185µg 74µg 130μg 62μg
Pantothenic acid 2.6mg 1.0mg 2.6mg 1.0mg 2.3mg 1.1mg
B12 1.8µg 0.7µg 1.8µg 0.7µg 1.5μg 0.7μg
Biotin 12µg 4.8µg 12µg 4.8µg 11μg 5.3μg
C 100mg 40mg 100mg 40mg 100mg 48mg
Choline 90mg 36mg 90mg 36mg 80mg 38mg
Inositol 130mg 52mg 130mg 52mg 95mg 46mg
Taurine 65mg 26mg 65mg 26mg 53mg 25mg
  • Adakah rangkaian Dutch Lady 4-Tahap Nutri Plan™ˇ dengan 5X DHA* masih mengandungi kandungan DHA yang sama berbanding formula sebelum (5X DHA)?
    Ya, produk kami masih mengandungi kandungan DHA yang sama berbanding rangkaian sebelum ini (5x DHA). Malah, kami juga telah menambah kandungan DHA untuk Dutch Lady Explore™ (dirumus untuk kanak-kanak berumur 2-4 tahun).
  • Apakah itu “Tahap Kebijaksanaan”?
    Kanak-kanak berlajar dan membentuk pemikiran bijak selari dengan perkembangan mentalnya. Tahap Kebijaksanaan adalah pencapaian seorang kanak-kanak dari umur 1 – 6+ tahun.
  • Apakah maksud nutrisi dirumus khas untuk tahap kebijaksanaan?
    Nutrisi dirumuskan untuk Tahap Kebijaksanaan bermaksud nutrisi dirumus khas untuk membantu menyokong perkembangan kanak-kanak untuk setiap tahap kebijaksanaan.
  • Saya tak pasti produk manakah yang sesuai untuk si manja saya.
    Berikut adalah panduan untuk membantu si manja memilih formula yang sesuai untuk si manja mengikut umurnya:

    1 tahun (12-23 bulan) 
    Dutch Lady Curious™ (1-2 tahun)

    2 tahun (24–35 bulan)
    Dutch Lady Explore™ (2-4 tahun)

    3 tahun (36–47 bulan)
    Dutch Lady Explore™ (2-4 tahun)

    4 tahun
    Dutch Lady Create™ (4-6 tahun)

    5 tahun
    Dutch Lady Create™ (4-6 tahun)

    6 tahun
    Dutch Lady Learn™ (6+ tahun)
  • Bagaimanakah boleh saya membantu memudahkan si manja menyesuaikan diri dengan formula baru ini?

    Hari 1 – 3:

    • Teruskan rutin penyusuan biasa dengan susu tepung rumusan untuk kanak-kanak sedia ada untuk penyusuan pertama dan ketiga.
    • Gunakan Susu tepung rumusan untuk Kanak-Kanak Dutch Lady 4-Tahap Nutri Plan™ˇ dengan 5X DHA* untuk penyusuan kedua.


    Hari 4 – 6:

    • Teruskan rutin penyusuan biasa dengan susu tepung rumusan untuk kanak-kanak sedia ada untuk penyusuan pertama.
    • Gunakan Susu tepung rumusan untuk Kanak-Kanak Dutch Lady 4-Tahap Nutri Plan™ˇ dengan 5X DHA* untuk penyusuan kedua dan ketiga.


    Hari 7 dan seterusnya:

    • Tahniah! Susu tepung rumusan untuk Kanak-Kanak Dutch Lady 4-Tahap Nutri Plan™ˇ dengan 5X DHA* kini menjadi susu harian si manja.
  • Bagaimanakah boleh saya menggalakkan anak saya untuk mengekalkan kemahuan kebendaan hubungan mata semasa bercakap dengan seseorang?
    Sebelum peringkat ini, si manja mungkin tidak memahami betapa pentingnya untuk mengekalkan kontak hubungan mata semasa berbicara dengan seseorang. Dia mungkin lihat ke arah lain untuk mengelakkan daripada berasa bersalah sekiranya dia telah melakukan suatu kesilapan. Atau mungkin dia terlalu teruja bila mendapat hadiah sehingga hilang fokus terhadap orang yang memberikannya. Satu cara untuk mendapatkan perhatiannya adalah dengan menggunakan anak patung bagi membantu si manja fokus semasa anda bercakap dengannya. Atau anda boleh terangkan kepadanya bahawa ia adalah adab yang baik dan sopan untuk melihat seseorang ketika sedang bercakap, dan juga tanda bahawa dia sedang mendengar. Perlahan-lahan, dia akan belajar bahawa jika dia menghormati orang lain, orang lain akan menghormatinya juga.
  • Bagaimanakah boleh saya mengawal kemahuan material si manja?
    Dengan segala pengiklanan di sekeliling kita, amat mudah untuk kanak-kanak meinginkan pelbagai benda. Salah satu cara untuk mengawal mentaliti dan perilaku ini adalah dengan memfokuskan terhadap pemberian dan penerimaan hadiah.

    • Menunjukkan perkongsian dan kemurahan hati.
    • Berbincang dengan si manja tentang kehendak dan keperluan orang lain.
    • Puji si manja bila dia menunjukkan sikap yang suka memberi.
    • Jangan menjadi marah jika si manja tidak berkongsi. Secara lemah-lembut, Beritahu si manja secara lemah-lembut bahawa anda kecewa dan mengingatkannya untuk berkongsi pada masa yang akan datang.
    • Simpan mainan kegemaran si manja supaya dia tahu bahawa mainan tersebut adalah untuknya dan dia tidak perlu berkongsi.
    • Biarkan si manja belajar daripada kawan-kawan bahawa sikap mementingkan diri sendiri akan menyebabkan dia tiada kawan.
  • Bagaimanakah boleh saya membuatkan si manja mengikut peraturan?

    Jika anda mahu si manja mengikut peraturan, anda perlu bantu dia untuk memahami “mengapa” dia perlu mengikut peraturan. Ini akan memudahkan dia untuk melakukan sedemikian. Terangkan sebab-sebabnya. Pastikan peraturan anda jelas dan konsisten, dan pastikan anda bersabar dan beri masa bagi dia belajar untuk mengikutnya. Dia perlu diingatkan berulang kali, tapi jangan lupa untuk pujinya apabila dia mengikut peraturan anda.

  • Bilakah si manja akan belajar melukis?

    Kemahiran melukis adalah sesuatu yang berlaku secara perlahan-lahan. Semasa kemahiran motor anak anda berkembang, ia akan membolehkan si manja memegang dan mengawal alatan melukis. Dalam tempoh ini, dia akan boleh memegang krayon atau berus dengan ibu jari dan 2 jari yang pertama. Pada mulanya, dia akan menyiapkan lukisannya dan kemudian memberitahu anda apa yang telah dilukis. Apabila dia semakin membesar, dia akan mula merancang apa yang hendak dilukis sebelum mula. Ini menunjukkan bahawa dia tahu gambar yang dilukis boleh membawa suatu makna.

    Untuk menggalakkan si manja melukis, berikan dia helaian kertas yang besar, krayon yang tebal dan kukuh, pen mudah basuh dan cat air. Biar si manja bereksperimen dan meneroka, mencampurkan warna, menconteng dan melukis secara bebas. Ini akan memberikan keyakinan dan membolehkan dia berdikari. Tunjukkan bahawa anda menghargai karyanya dengan memuji dan menggantungkannya di dalam rumah.

  • Bilakah sepatutnya saya menghalangnya daripada menghisap jari?
    Anda tidak perlu menghalang si manja daripada menghisap jarinya. Apabila si manja menemui cara baru untuk menenangkan dirinya, dia akan terus berhenti menghisap jari. Walau pun begitu, si manja mungkin menghisap jarinya di waktu malam atau apabila dia berasa stres.
  • Bagaimanakah boleh saya memastikan si manja berkelakuan baik?
    Pelukan, galakan dan pujian diberikan apabila dia berkelakuan baik boleh membantu. Apabila anda memuji si manja, anda membina keyakinan dirinya. Sebagai seorang kanak-kanak, dia ingin selalu dipuji dan ini akan membantu untuk mengekalkan kelakuan yang baik. Apabilamemuji si manja, pastikan anda memuji usaha-usaha kecilnya juga, dan sentiasa jujur dan spesifik tentang mengapa anda memujinya. Beritahu si manja segera, jika tidak, dia pasti akan lupa. Anda juga boleh mengamalkan sistem ganjaran untuk menggalakkan perilaku baik. Ganjaran amat efektif sekiranya ganjaran itu:
    • dihargai oleh si manja; 
    • diberikan serta merta;
    • diberikan setiap kali si manja berkelakuan baik; 
    • tidak diambil semula setelah ia diberikan.
  • Bagaimanakah boleh saya mengurus si manja sekiranya dia membuat perangai?
    Laku radang adalah perkara biasa untuk kanak-kanak. Ia adalah sebahagian daripada proses membesar. Bantu si manja untuk mengawal emosi dan tindakannya dengan:
    • Alihkan perhatiannya serta-merta apabila anda sedar bahawa dia akan mula membuat perangai;
    • Jika dia membuat perangai setelah anda mengatakan “tidak”, jangan ubah fikiran anda;
    • Sentiasa tenang dan alihkan si manja daripada situasi tersebut sekiranya ia berlaku di tempat awam.
    • Dengan melakukan perkara di atas, ia akan membantu untuk menjelaskan kepada si manja bahawa dengan membuat perangai tidak akan mendapatkan apa yang dia hendak. Ini juga akan membolehkan anda untuk berbincang dengannya setelah dia mula tenang.
  • Adakah selamat untuk si manja bermain dengan pistol mainan?
    Tiada kajian yang mengaitkan permainan pistol dengan kelakuan ganas di masa yang akan datang. Malah, ramai pakai bertanggapan bahawa jika ibu bapa menghalang kanak-kanak daripada bermain pistol, mereka sebenarnya membuatkan pistol itu lebih diingini oleh kanak-kanak. Berikut adalah bagaimana anda boleh membiarkan si manja bereksperimen bersama pistol mainan tanpa menjejaskan tumbesaran mereka.
      • Jangan sesekali memalukan si manja sekiranya dia ingin bermain bersama pistol mainan. Dan jika anda ingin melarang, biar dia ceritakan mengapa dia ingin bermain dengannya.
      • Elakkan daripada memberi pistol mainan komersial yang seakan-akan benar dan gunakanlah prop yang boleh juga digunakan untuk menjadi benda-benda lain.
      • Kongsikan bersama si manja tentang cara-cara menyelesaikan masalah yang tidak menyakitkan dari segi fizikal dan emosional. Dia mungkin berfikiran bahawa “membunuh” penjahat adalah cara untuk menyelesaikan masalah.
      • Buat keputusan bersama si manja untuk tidak bermain dengan pistol mainan. Terangkan kepadanya bahawa pistol sebenar boleh membunuh dan anda berasa tidak selesa walaupun ia hanyalah mainan.

    Dan yang paling penting, anda mesti faham bahawa semua ini hanyalah satu fasa dan di sebalik segala “Bang! Bang!” dan tembak menembak, wujudnya sifat ingin tahu yang tinggi.

  • Bagaimanakah boleh saya mengajar si manja untuk berkongsi?

    Berikut adalah apa yang boleh anda lakukan bagi menggalakkan si manja untuk berkongsi:

    • Jadikan amalan berkongsi itu sebahagian daripada permainan yang menyeronokkan;
    • Jangan menghukum dan memaksa si manja untuk berkongsi;
    • Berbincang dengan si manja dan ketahui alasannya untuk tidak berkongsi;
    • Mermbuat persiapan untuk bermain.
    • Tunjukkan contoh yang baik dan hormati barangan milik si manja anda.
  • Apakah yang boleh saya lakukan untuk meningkatkan perkembangan fizikal dan mental si manja?

    Berikut adalah beberapa aktiviti yang boleh membantu mengukuhkan kemahiran motor si manja serta membina kekuatan dan perkembangan kognitif:

    • Berjalan, berlari dan joging bersama keluarga meningkatkan koordinasi dan kekuatan dalam cara yang menyeronokkan.
    • Membina istana pasir, dengan butiran yang terperinci, boleh memupuk kemahiran motor dan kesabaran.
    • Bermain dengan air, biarkan si manja berlari. Contohnya aktiviti pistol air, adalah cara yang menyeronokkan untuk membuat si manja bersenam. 
    • Bina sebuah laluan berhalang menggunakan bantal, kusyen, baldi dan kotak kadbod di rumah bersama si manja. Ini akan membantu memupuk imaginasi dalam cara yang menyeronokkan.
    • Bermain bola atau sukan lain yang seumpamanya adalah baik untuk membina kemahiran motor.
    • Menari mengikut rentak muzik adalah satu aktiviti menyeronokkan yang meningkatkan koordinasi.
    • Membasuh kereta atau mainan bersama-sama adalah cara yang baik untuk melakukan kerja rumah dalam kaedah yang menyeronokkan dan bermanfaat. 
    • Sama-sama mencipta seni atau kraf keluarga akan membina kemahiran motor di samping meluangkan masa berharga bersama keluarga. 
    • Bermain dalam aktiviti penyelesaian teka-teki yang mudah
    • Susun dan padankan objek. Contohnya dari segi bentuk dan warna.
  • Bagaimanakah boleh saya membantu si manja untuk pandai menulis?

    Berlatih untuk menulis bersama si manja sebaik sahaja dia boleh memegang dan menggunakan pensel dengan betul. Si manja perlu membesar dan menguatkan otot di tangan dan pergelangan tangan untuk mengguna dan mengawalnya. Kecekapannya boleh diperkembangkan lebih pantas dan baik dengan:

    • membiarkan si manja menggunakan pemukul, cawan pengukur dan spatula atau sudu, semasa anda memasak;
    • mengajarnya untuk memakai dan menanggalkan pakaian anak patung atau beruang mainan; 
    • mengikat manik atau pasta untuk membentuk seutas rantai;
    • menguli dan bermain dengan doh.
  • Adakah si manja mengalami ketakutan malam atau mimpi buruk?

    Berlatih untuk menulis bersama si manja sebaik sahaja dia boleh memegang dan menggunakan pensel dengan betul. Si manja perlu membesar dan menguatkan otot di tangan dan pergelangan tangan untuk mengguna dan mengawalnya. Kecekapannya boleh diperkembangkan lebih pantas dan baik dengan:

    Ketakutan malam biasanya berlaku dalam beberapa jam pertama ketika tidur, sewaktu tidur yang nyenyak tanpa mimpi. Si manja mungkin tiba-tiba duduk di atas katilnya, menangis atau menjerit dengan matanya terbuka luas dalam keadaan yang separuh sedar. Kejadian ini boleh berlaku selama 5 hingga 45 minit dan setelah selesai, anak anda akan kembali tidur tanpa sebarang ingatan tentang kejadian ini. Mimpi buruk pula, berlaku pada waktu awal pagi, ketika tidur gerak mata cepat (REM). Si manja mungkin mengingati mimpi buruk tersebut, dan memerlukan anda untuk menenangkannya.
  • Apakah yang boleh saya lakukan untuk meningkatkan keupayaan memori, fokus dan logik si manja?
    Bermain bersama si manja boleh membantu untuk membina kemahiran kognitifnya. Gunakan permainan memori, teka-teki logik atau permainan menyelesaikan masalah untuk membantu dia fokus. Kanak-kanak belajar dengan lebih baik semasa bermain.
  • Apakah yang boleh saya lakukan untuk membantu si manja menjadi lebih tinggi?
    Ketinggian si manja bergantung pada genetiknya. Dalam kebanyakan kes, kanak-kanak akan membesar setinggi purata ketinggian ibu bapa dan ketinggian ibu atau bapak,- mengikut jantina. Anda boleh membantu dengan memastikan si manja mendapat nutrisi yang tepat dan sentiasa bersenam untuk dia membesar sehingga ketinggian maksimum. Kalsium amatlah penting dalam membantu tulang si manja membesar, memanjang dan menjadi lebih kuat.
  • Bilakah boleh saya membiarkan si manja menggosok giginya sendiri?
    Kebanyakan kanak-kanak boleh mula menggosok gigi mereka sendiri di peringkat ini. Anda masih perlu mengawasinya, tetapi biarkan si manja mencuba sendiri agar dia berasa seperti dewasa. Pastikan dia menggunakan sedikit sahaja ubat gigi fluorida kerana dia pasti akan tertelan ubat gigi tersebut, dan terlalu banyak fluorida di dalam badan adalah tidak baik.
  • Si manja saya selalu mengadu tentang kaki yang sakit walaupun tiada kecederaan. Patutkah saya berasa bimbang?
    Si manja mungkin sedang mengalami kesakitan kerana dia semakin membesar, iaitu sakit di bahagian kaki, terutamanya di bahagian depan peha, belakang lutut dan betis. Kesakitan ini mungkin berlaku di waktu tengah hari dan petang, beberapa hari selepas aktiviti yang lasak. Kesakitan yang dialami mungkin tidak ketara, atau mungkin boleh menyebabkan si manja terbangun pada waktu malam. Urut badan si manja, dan mintanya untuk melakukan regangan badan yang ringan untuk membantu mengurangkan sakit. 
  • Mengapakah si manja selalu memukul dan menggigit?
    Memukul dan menggigit adalah perkara biasa di kalangan kanak-kanak. Mereka tidak faham bahawa perbuatan ini menyebabkan kecederaan pada yang lain. Daripada anda menghukum si manja, adalah lebih baik jika anda menerangkan akibat daripada perbuataannya itu. Beritahu si manja untuk berjumpa anda sekiranya dia berasa marah tentang sesuatu perkara. Dan bila apabila dia datang mencari anda, pastikan anda memberikan perhatian yang sepenuhnya.
  • Bilakah si manja akan bersedia untuk belajar menunggang basikal?
    Bina keyakinan dalam diri si manja serta keseimbangan badannya dengan membiarkan dia menunggang sebuah basikal roda tiga dahulu. Jangan harapkan si manja untuk mengayuh dan memandu kerana dia hanya akan menolak dirinya ke hadapan menggunakan kakinya. Basikal seimbang juga adalah pilihan yang sesuai untuk si manja di peringkat ini. Ia tidak mempunyai pengayuh, tetapi ia mempunyai ketinggian yang sesuai untuk si manja meletakkan kakinya di atas tanah. Basikal ini membolehkan si manja untuk mengimbangi badannya tanpa menggunakan roda latihan. Ingat, keselamatan adalah keutamaan anda, dan pastikan si manja sentiasa memakai helmet yang sesuai.
  • Berapa kerapkah si manja perlu bersenam?
    Berlari, melompat, berpusing, mengejar, menari dan bergusti, ini semua adalah peluang untuk si manja menjalankan aktiviti fizikal, belajar tentang badannya dan membakar sedikit tenaga. Mujurlah, ini juga adalah sebahagian daripada rutin hariannya yang aktif dan penuh bertenaga di peringkat ini. Jadi, perancangan untuk aktiviti atau senaman ekstra tidak diperlukan sekiranya dia melakukan sebarang aktiviti fizikal selama 3 jam sehari. Jika anda rasakan bahawa aktiviti si manja tidak mencukupi, bawalah dia keluar bermain di bawah sinaran matahari, menyepak bola, bermain kejar-kejar atau ke taman permainan.
  • Bagaimanakah boleh saya membuat si manja makan lebih cepat?
    Anda boleh memberikan hidangan yang sedikit, dan puji si manja apabila dia menghabiskannya. Anda boleh memberikan lebih makanan sekirannya dia inginkan lagi. Jika si manja telah makan hampir kesemua hidangannya tetapi tidak menghabiskannya dalam masa 30 minit, anda boleh membenarkan si manja meninggalkan meja makan. Jika anda melakukan yang sedemikian, cuba untuk tidak memberikannya snek sehingga waktu makan yang seterusnya kerana ini akan mengganggu seleranya nanti.
  • Berapa lancarkah pertuturan anak saya yang sepatutnya di peringkat ini?
    Di peringkat ini, kebanyakan kanak-kanak mempunyai perbendaharaan kata sekurang-kurangnya 50 perkataan tunggal dan boleh membuat ayat-ayat yang mudah dan pendek. Sesetengah bunyi seperti “sh”, “ch” dan “th” adalah lebih susah untuk disebut, tetapi ini adalah perkara biasa di peringkat ini.

Ketahui tentang produk Dutch Lady Nutri Plan yang lain

Curious™ (1-2 Tahun) Create™ (4-6 Tahun) Learn™ (6+ Tahun)