Dapatkan sampel percuma sekarang! Mohon sekarang

Susu ibu adalah yang terbaik untuk Si Manja anda

Pertubuhan Kesihatan Dunia mengesyorkan penyusuan ibu secara eksklusif bagi 6 bulan pertama Si Manja. Penyusuan menggunakan botol atau pemberian makanan dan minuman lain boleh memberi kesan negatif terhadap penyusuan ibu. Selepas berusia enam bulan, Si Manja perlulah diberikan makanan yang bersesuaian dengan umurnya disamping penyusuan ibu sehingga berumur dua tahun dan keatas. Dapatkan nasihat doktor sebelum memilih untuk menggunakan susu formula kanak-kanak atau sekiranya anda mengalami kesukaran berkenaan penyusuan ibu.



Saya tidak bersetuju. Layari laman Friesland Campina.

Dutch Lady Nutri Plan Learn (6+ Tahun) menyokong memori dan fungsi otak Si Manja.

Dutch Lady Learn (6+ Tahun)

Pada usia 6 tahun dan ke atas, fokus serta memori yang baik adalah penting untuk pembelajaran. Pada umur ini, Si Manja mula mempelajari kemahiran bersosial dan bertutur.

Learn

Tahap Kebijaksanaan:

Pada usia 6 tahun dan ke atas, kanak-kanak mula:
  • Mengingati maklumat dan mengaplikasikan dalam situasi baru
  • Meminati mainan berpapan (board games)
  • Melibatkan diri dalam aktiviti penyelesaian masalah

Nutrisi Penting:

Membantu menyokong ketahanan semula jadi badan serta fungsi otak kanak-kanak:
  • DHA
  • Vitamin B1 & B2
  • Magnesium
  • Kasein
  • Vitamin D

Perisa dan Saiz Pek:

Boleh didapati dalam:

900g

  • Biasa
  • Coklat
^Sumber : Malaysia Recommended Nutrient Intakes (RNI) for children 7-9 years old (based on average 945 kcal)
^Sumber : Malaysia Recommended Nutrient Intakes (RNI) for children 7-9 years old (based on average 945 kcal)
Purata komposisi Setiap 100g Setiap sajian 220ml Setiap 100g Setiap sajian 200ml
Tenaga 440kcal
1845kJ
176kcal
738kJ
430kcal
1800kJ
206kcal
864kJ
Protein 14.7g 5.9g 14.7g 7.1g
Casein 11.8g 4.7g 11.8g 5.7g
L-tryptophan 200mg 80mg 195mg 94mg
L-tirosina 800mg 320mg 760mg 365mg
TT-RatioTM
(Tryptophan : Tirosina)
1 : 4 1 : 4 1 : 3.8 1 : 3.8
Lemak 13.5g 5.4g 13.0g 6.2g
Yang terdiri daripada
Asid lemak monotidaktepu 5.7g 2.3g 5.3g 2.5g
Asid lemak politidaktepu 2.2g

0.9g

1.9g 0.9g
Asid dokosaheksenoik (DHA) 40mg 16.0mg 34mg 16.3mg
Asid Arakidonik (AA) 4.0mg 1.6mg 3.5mg 1.7mg
Asid linoleik (Omega 6) 1810mg 724mg 1585mg 761mg
Asid α-linolenik (Omega 3) 250mg 100mg 220mg 106mg
Asid lemak tepu 5.6g 2.2g 5.8g 2.8g
Asid lemak trans 0.14g 0.06g 0.14g 0.07g
Karbohidrat 64.2g 25.7g 62.7g 30.1g
Sukrosa 0g 0g 12.7g 6.1g
Asid sialik (SA) 82mg 32.8mg 68mg 32.6mg
Serat Diet 1.0g 0.4g 3.1g 1.5g
Frukto-oligosakarida (FOS) 1.0g 0.4g 0.82g 0.4g
Kelembapan 3.5g 3.5g
Mineral
Kalsium 495mg 198mg 455mg 218mg
Zat Besi 7.1mg 2.8mg 6.4mg 3.1mg
Magnesium 45mg 18mg 77mg 37mg
Zinck 2.9mg 1.2mg 2.1mg 1.0mg
Iodin 110µg 44µg 45µg 22µg
Selenium 10µg 4.0µg 10µg 4.8µg
Vitamins
A total 350µg-RE 140µg-RE 325µg-RE 156µg-RE
Retinol 315µg 126µg 295µg 142µg
β-carotene 200µg 80µg 175µg 84µg
D3 11.4µg 4.6µg 10.2µg 4.9µg
E 7.6mg 3.0mg 6.4mg 3.1mg
K1 21µg 8.4µg 18µg 8.6µg
B1 400µg 160µg 340µg 163µg
B2 570µg 228µg 520µg 250µg
Niacin 8.5mg-NE 3.4mg-NE 8.1mg-NE 3.9mg-NE
B6 410µg 164µg 350µg 168µg
Folic acid 97µg 39µg 80µg 38µg
Pantothenic acid 2.0mg 0.8mg 1.6mg 0.8mg
B12 1.6µg 0.6µg 1.3µg 0.6µg
Biotin 11µg 4.4µg 9.3µg 4.5µg
C 100mg 40mg 85mg 41mg
Choline 83mg 33mg 73mg 35mg
Taurine 52mg 21mg 45mg 22mg
  • Adakah rangkaian Dutch Lady 4-Tahap Nutri Plan™ˇ dengan 5X DHA* masih mengandungi kandungan DHA yang sama berbanding formula sebelum (5X DHA)?
    Ya, produk kami masih mengandungi kandungan DHA yang sama berbanding rangkaian sebelum ini (5x DHA). Malah, kami juga telah menambah kandungan DHA untuk Dutch Lady Explore™ (dirumus untuk kanak-kanak berumur 2-4 tahun).
  • Apakah itu “Tahap Kebijaksanaan”?
    Kanak-kanak berlajar dan membentuk pemikiran bijak selari dengan perkembangan mentalnya. Tahap Kebijaksanaan adalah pencapaian seorang kanak-kanak dari umur 1 – 6+ tahun.
  • Apakah maksud nutrisi dirumus khas untuk tahap kebijaksanaan?
    Nutrisi dirumuskan untuk Tahap Kebijaksanaan bermaksud nutrisi dirumus khas untuk membantu menyokong perkembangan kanak-kanak untuk setiap tahap kebijaksanaan.
  • Saya tak pasti produk manakah yang sesuai untuk si manja saya.
    Berikut adalah panduan untuk membantu si manja memilih formula yang sesuai untuk si manja mengikut umurnya:

    1 tahun (12-23 bulan) 
    Dutch Lady Curious™ (1-2 tahun)

    2 tahun (24-35 bulan)
    Dutch Lady Explore™ (2-4 tahun)

    3 tahun (36-47 bulan)
    Dutch Lady Explore™ (2-4 tahun)

    4 tahun
    Dutch Lady Create™ (4-6 tahun)

    5 tahun
    Dutch Lady Create™ (4-6 tahun)

    6 tahun
    Dutch Lady Learn™ (6+ tahun)
  • Bagaimanakah boleh saya membantu memudahkan si manja menyesuaikan diri dengan formula baru ini?

    Hari 1 – 3:

    • Teruskan rutin penyusuan biasa dengan susu tepung rumusan untuk kanak-kanak sedia ada untuk penyusuan pertama dan ketiga.
    • Gunakan Susu tepung rumusan untuk Kanak-Kanak Dutch Lady 4-Tahap Nutri Plan™ˇ dengan 5X DHA* untuk penyusuan kedua.


    Hari 4 – 6:

    • Teruskan rutin penyusuan biasa dengan susu tepung rumusan untuk kanak-kanak sedia ada untuk penyusuan pertama.
    • Gunakan Susu tepung rumusan untuk Kanak-Kanak Dutch Lady 4-Tahap Nutri Plan™ˇ dengan 5X DHA* untuk penyusuan kedua dan ketiga.


    Hari 7 dan seterusnya:

    • Tahniah! Susu tepung rumusan untuk Kanak-Kanak Dutch Lady 4-Tahap Nutri Plan™ˇ dengan 5X DHA* kini menjadi susu harian si manja.
  • Mengapakah si manja masih kencing sewaktu tidur?
    Sesetengah kanak-kanak mengambil masa yang lebih lama untuk mengatasi masalah kencing dalam tidur. Ini adalah kerana mereka tidak menerima sebarang "isyarat" bila pundi kencing sudah penuh, dan ini adalah sesuatu yang normal. Terdapatnya beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk membantu si manja. Pertama sekali, pastikan anda bersifat positif. Tunjukkan bahawa anda gembira apabila dia tidak kencing sewaktu tidur, tetapi jangan menghukumnya sekiranya dia berbuat demikian.Kedua, tolong si manja mengubah rutinnya yang boleh membantunya kekal kering sewaktu tidur. Contohnya, meminum air lebih banyak dan kerap pada waktu siang, dan kurangkannya pada waktu malam, serta mengingatkan si manja untuk pergi ke tandas sebelum tidur. Akhir sekali, bantu kukuhkan hubungan antara otak dan pundi kencing si manja. Ini akan membantu si manja bangun secara automatik sekiranya dia perlu membuang air kecil.  Anda mungkin ingin pakaikan 'pull up pants' untuknya supaya mengelakkan katil si manja daripada menjadi basah. Bawa si manja ke tandas beberapa jam selepas dia tidur. Jika dia sudah terkencing, cuba untuk bangunkan si manja lebih awal pada malam seterusnya sehingga anda berjaya membangunkannya sebelum dia terkencing.
  • Bilakah si manja boleh menunggang basikal tanpa roda latihan?

    Si manja mungkin berasa selamat semasa menunggang bersama roda latihan, atau mungkin dia memang tidak bersedia untuk menunggang tanpa roda tersebut. Walau apapun, anda tidak harus memaksanya. Apabila anda memahami si manja, dia akan berasa lebih yakin. Apabila si manja ingin menunggang tanpa roda latihan, tetapi berasa tidak yakin, anda boleh membantunya dengan meluangkan sedikit masa untuknya. Pastikan ini adalah satu aktiviti yang ceria. Dengan cara ini, dia tidak akan berasa tertekan. Teruskan mendorong si manja untuk menunggang tanpa roda latihan bila dia sudah bersedia.

  • Mengapakah si manja tidak suka membaca?

    Ini adalah normal untuk si manja menggemari bahan bacaan tertentu berbanding bahan bacaan lain. Tambahan lagi, dalam tahun-tahun awal persekolahan, sebarang bahan bacaan adalah baik untuknya – termasuklah komik serta tulisan di belakang kotak bijiran sarapan. Tahap pembacaan dan minat adalah berbeza bagi setiap kanak-kanak. Jika si manja enggan membaca di rumah, tetapi suka membaca di sekolah, ini adalah kerana terlalu banyak aktiviti menarik yang mengganggu perhatiannya di rumah. Dalam kes ini, kurangkan masanya menonton TV, bermain permainan video serta komputer dan luangkan masa untuk membaca dengannya. Ini pasti membantunya untuk suka membaca di rumah. Walau bagaimanapun, jika si manja langsung tidak suka membaca sama sekali - Kenal pasti sekiranya membaca adalah suatu yang terlalu sukar untuknya. Jika ya, anda harus ubah tahap pembacaannya. Bincang bersama cikgunya kerana dia mungkin perlukan bantuan semasa membaca.

  • Mengapakah si manja saya menterbalikkan huruf bila menulis?

    Huruf dan abjad pada usia ini tidak mempunyai konsistensi spatial. Di mata mereka, "d" adalah "d", tidak kisahlah sama ada di bahagian atas, bawah, depan mahupun belakang. Bila anda berlatih bersama si manja, jadikan ia satu permainan yang menyeronokkan. Tetapi, jika anda jadikannya seperti suatu kerja atau tugasan, si manja mungkin berasa tertekan dan secara terusnya, tidak mahu menulisnya sama sekali.

  • Adakah normal jika si manja saya ingin menonton video yang sama berulang kali?
     Ini adalah sesuatu yang normal. Ini mungkin kerana si manja menyukai video tersebut atau ia membantunya untuk mengingati sesuatu maklumat. Kanak-kanak pada umur ini masih sedang menguasai kemahiran-kemahiran asas dan latihan adalah satu cara untuk mereka berbuat demikian. Latihan memerlukan ulangan, sama ada menonton video atau mengulang sesuatu perkataan atau lagu berulang kali. Si manja mungkin tidak memahami sesuatu cerita sehingga dia menontonnya berulang kali, atau mungkin dia suka aspek-aspek tertentu dalam program tersebut, seperti watak atau subjeknya.Contohnya, jika dia menyukai burung, dia pasti suka menonton rancangan-rancangan yang menampilkan burung. Mungkin juga si manja ingin mengulangi pengalaman menakutkan kerana dia ingin memahami dan mengatasinya (filem kanak-kanak seperti Cinderella atau Rio juga mungkin mengandungi babak yang menakutkan). Setelah si manja mengatasi ketakutannya dan mengingati apa yang telah dia alami, dia pasti ingin meraikan kejayaan ini dengan menontonnya berkali-kali dan cuba meramal babak yang akan datang. Bagi kanak-kanak, ramalan yang betul adalah kemahiran yang paling agung. Disebabkan kehidupan adalah susah untuk diramal, mereka berasa puas dan gembira bila dapat meramal apa yang akan datang.
  • Apa yang boleh saya lakukan untuk mengurangkan perasaan takut si manja terhadap kerja sekolah dan membantunya belajar dengan lebih baik?
    Salah satu ketakutan yang amat biasa dalam kanak-kanak yang bersekolah adalah kemungkinan untuk mendapat kerja rumah. Mereka mungkin pernah melihat kawan-kawan atau abang dan kakak sendiri berasa tertekan akibat terlalu banyak kerja rumah. Anda memerlukan sedikit kreativiti untuk menangani perkara ini, kerana ia adalah satu cabaran yang agak sukar. Dengan berkata, "Adik pandai. Adik mesti boleh" mungkin tidak akan membantu kerana si manja mungkin berasa anda setuju bahawa tekanan diperlukan untuk berjaya. Sebaliknya, luangkan masa bersama si manja untuk menjadikan kerja rumah satu cabaran yang menyeronokkan. Tetapkan persekitaran pembelajaran yang kondusif di rumah dan pastikan anda mempunyai segala yang diperlukan untuk kerja rumahnya.

    Contohnya, mungkin si manja memerlukan sebuah meja di suatu tempat khas atau alat tulis yang spesifik untuk membuat kerja rumahnya. Anda boleh membina keyakinan si manja selagi dia boleh belajar dalam keadaan yang menyeronokkan dan tanpa tekanan. Paling penting, ingatkan si manja bahawa anda sentiasa ada untuk membantu sekiranya dia mengalami kesukaran. Lambat-laut, dia akan belajar dengan lebih mudah dengan tanpa rasa ketakutan.
  • Jika si manja mempunyai rutin hariannya sendiri, adakah dia akan mempelajari sesuatu yang baru?
    Ini adalah satu tingkah laku yang biasa. Ada kalanya, kanak-kanak mempunyai rutin yang mereka akan ikuti. Si manja anda mungkin mempunyai rutinnya sendiri, seperti memakan mi setiap hari Ahad atau menonton kartun pada pagi Sabtu – sesuatu yang dia teruja dan tidak sabar untuk nikmati. Ramai kanak-kanak berasa selamat dan puas dengan rutin-rutin yang menyeronokkan, seperti menyusun mainannya mengikut susunan tertentu atau mengetuk sudu dan garpu untuk menghasilkan irama. Rutin adalah sebahagian daripada zaman kanak-kanak yang membawa keceriaan. Ia menggambarkan imaginasi kanak-kanak yang sedang mempelajari bagaimana untuk terus hidup dalam dunia yang mereka kenali.
  • Adakah normal sekiranya si manja tidak dapat menangani konflik dari membaca buku atau menonton TV?
    Jangan risau! Ini adalah suatu yang normal. Beberapa buku dan program TV boleh menghidupkan ketakutan si manja yang tersembunyi. Reaksi kanak-kanak terhadap perkara sebegini adalah berbeza-beza. Tahap sensitiviti si manja anda mungkin adalah sebahagian daripada personalitinya. Si manja juga mungkin terganggu dengan rancangan atau buku tersebut kerana dia juga sedang menghadapi situasi yang merisaukannya. Mungkin dia dibuli atau sedang menyesuaikan diri dengan gaya disiplin guru di sekolah. Jika anda ingin melarang sesuatu buku atau rancangan, perhatikan reaksi si manja dahulu. Dalam kebanyakan kes, setelah buku tersebut ditutup atau program telah tamat, si manja teruskan dengan mengalih ke aktiviti yang lain dan segala kerisauannya juga akan turut hilang. Ia mungkin bukannya sesuatu yang mudah untuk membezakan antara kebimbangan bermasalah atau ketakutan alam kanak-kanak, jadi jangan cuba memperbetulkan masalah tersebut. Sebaliknya, minta nasihat pakar pediatrik atau kaunselor sekolah sekiranya masalah tersebut berterusan.
  • Bagaimana boleh saya melatih si manja untuk tidur bersendirian?
    Ini bergantung kepada sebab mengapa si manja anda memerlukan anda semasa waktu tidur. Dalam beberapa situasi, ini mungkin adalah masalah lazim tetapi biasanya, mereka memerlukan anda kerana mereka berasa lebih selamat & selesa dengan kehadiran anda. Kemungkinan yang lain untuk hal ini mungkin ialah si manja memerlukan kehadiran anda selepas melalui hari yang sedikit mencabar, mungkin disebabkan oleh cikgu atau kawan-kawan di sekolah. Dalam kebanyakan kes, anda tidak perlu risau kerana ini juga merupakan waktu yang baik untuk ibu bapa meluangkan masa berkualiti bersama si manja. Sekiranya anda mengesyaki ini adalah disebabkan oleh masalah yang lebih besar, ambillah tindakan. Tanya cikgu di sekolah jikalau dia perasan akan sebarang perkara yang luar biasa tentang si manja. Jika anda masih bimbang, bertemulah dengan seorang ahli terapi.
  • Bagaimana untuk membantu si manja anda membuat kawan baru di sekolah.
    Jika si manja anda susah untuk berinteraksi dengan kanak-kanak lain, anda boleh membantunya. Sifat pemalu kanak-kanak mungkin menghalangnya daripada bersosial. Jika anda menggalakkan pengalaman bermain yang positif, si manja pasti ingin bermain lagi. Berikut merupakan beberapa panduan yang boleh membantu si manja untuk alami pengalaman bermain yang lebih gembira: Carilah teman bermain yang sesuai. Mulakan dengan kanak-kanak yang disukai oleh si manja anda.
    Pastikan kumpulan bermain ini adalah kumpulan yang kecil. Jemput seorang atau dua orang teman ke rumah anda. Kanak-kanak ini seharusnya berserasi dengan si manja anda. Mengatur supaya kumpulan bermain ini bertemu secara kerap. Untuk membuatkan si manja berasa selesa, aturkan pertemuan dengan kumpulan bermain tersebut dengan lebih kerap. Sekiranya si manja berseronok sewaktu bermain dalam kumpulan ini dan terus bermain bersama yang lain, anda boleh cuba membiarkannya bermain di rumah temannya tanpa berada di sisinya. Mulakan dengan jangka masa yang pendek, dan kemudian, biarkan dia bersendirian dengan jangka masa yang lebih panjang. Libatkan juga diri anda. Bimbingan anda boleh membuatkan si manja berasa lebih selesa bersama kanak-kanak lain, terutamanya kawan-kawan baru. Pastikan anda sentiasa berdekatan untuk membantu sekiranya si manja menghadapi konflik, atau berhenti bermain bersama-sama, atau ingin mengubah aktivitinya. Walau bagaimanapun, sebaik sahaja mereka berasa selesa bersama satu sama lain, adalah lebih baik untuk anda memerhatikan mereka dari jauh.

Ketahui tentang produk Dutch Lady Nutri Plan yang lain

Curious (1-2 Tahun) Explore (2-4 Tahun) Create (4-6 Tahun)