Kanak-kanak, Si Perampas Mainan - Dutch Lady Smart Moments

Susu ibu adalah yang terbaik untuk Si Manja anda

Pertubuhan Kesihatan Dunia mengesyorkan penyusuan ibu secara eksklusif bagi 6 bulan pertama Si Manja. Penyusuan menggunakan botol atau pemberian makanan dan minuman lain boleh memberi kesan negatif terhadap penyusuan ibu. Selepas berusia enam bulan, Si Manja perlulah diberikan makanan yang bersesuaian dengan umurnya disamping penyusuan ibu sehingga berumur dua tahun dan keatas. Dapatkan nasihat doktor sebelum memilih untuk menggunakan susu formula kanak-kanak atau sekiranya anda mengalami kesukaran berkenaan penyusuan ibu.

Saya telah baca dan memahami ini. Saya tidak bersetuju. Layari laman Friesland Campina.

Kanak-kanak, Si Perampas Mainan

Toddlers and Toy-snatching

Bermain adalah aktiviti penting untuk tumbesaran mental dan sosial si manja anda. Apabila dia belajar untuk bermain bersama kanak-kanak lain, mainan yang dimainnya mungkin dirampas oleh kanak-kanak lain. Ini akan menyebabkan si manja menangis serta berasa kecewa, dan anda mungkin tertanya-tanya jikalau si manja perlu mempertahankan dirinya sendiri. Tetapi dia mungkin adalah perampas dalam insiden tersebut.

Apabila kanak-kanak sudah boleh berjalan, mereka akan berminat untuk berinteraksi dengan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya. Namun, mereka tidak faham bahawa tindakan merampas mainan akan menyakitkan hati kanak-kanak lain. Kanak-kanak yang berkawan baik juga akan mengecewakan dan menyakitkan hati sesama sendiri tanpa niat untuk berbuat begitu. Sesetengah kanak-kanak memahami konsep berkongsi, tetapi lebih berminat untuk memenuhi kepuasan bermain mereka sendiri.

Apa yang boleh anda lakukan
Jika si manja adalah si mangsa, anda perlu berada di sisinya untuk mempertahankannya. Sentiasa bertenang dan cuba untuk tidak membuatkan kanak-kanak perampas atau ibu bapanya marah. Ingat, anda adalah contoh bagi si manja. Dia perlu faham bahawa konflik boleh diselesaikan tanpa bersifat agresif.

Jika dia adalah perampas tersebut, pulangkan mainan itu secara lembut dan terangkan kepada si manja tentang perasaan kanak-kanak mangsa itu. Anda boleh mengajarnya untuk berunding, memahami, dan menunggu giliran. Tetapi anda perlu tahu bahawa dia mungkin belum bersedia lagi untuk faham perkara ini, jadi anda perlu terus bersabar.

Jimat masa. Beli online!

Beli Dutch Lady Nutri Plan™ untuk Si Manja anda melalui beberapa langkah yang mudah.

Beli Sekarang

Anda juga mungkin menyukai

Adab Kanak-kanak Ketika Makan

Toddler Table Manners

Ramai kanak-kanak akan duduk diam dan makan di meja selama beberapa minit pada satu masa.

Baca selanjutnya

Mengatasi Sikap Malu Si Manja

Overcoming Your Child's Shyness

Sesetengah kanak-kanak bersikap lebih malu berbanding yang lain, dan ini juga dipengaruhi oleh keturunan dan genetik keluarga.

Baca selanjutnya

Didik Anak Supaya Mendengar Kata

How to Get Your Toddler to Listen

Kanak-kanak sama seperti orang dewasa, sukar mendengar kata orang lain.

Baca selanjutnya