Cara Menangani Anak yang Menjerit - Dutch Lady Smart Moments

Susu ibu adalah yang terbaik untuk Si Manja anda

Pertubuhan Kesihatan Dunia mengesyorkan penyusuan ibu secara eksklusif bagi 6 bulan pertama Si Manja. Penyusuan menggunakan botol atau pemberian makanan dan minuman lain boleh memberi kesan negatif terhadap penyusuan ibu. Selepas berusia enam bulan, Si Manja perlulah diberikan makanan yang bersesuaian dengan umurnya disamping penyusuan ibu sehingga berumur dua tahun dan keatas. Dapatkan nasihat doktor sebelum memilih untuk menggunakan susu formula kanak-kanak atau sekiranya anda mengalami kesukaran berkenaan penyusuan ibu.

Saya telah baca dan memahami ini. Saya tidak bersetuju. Layari laman Friesland Campina.

Cara Menangani Anak yang Menjerit

Dealing with a Screaming Toddler

Anda mungkin pernah menyaksikan situasi ini: Sebuah keluarga dengan anak kecil yang suka menjerit sekuat-sekuatnya di khalayak ramai. Perkara tersebut juga membuatkan anda selalu tertanya-tanya mengapa si ibu dan bapa tidak mendisiplinkan anak mereka. Tetapi selepas menjadi ibu kepada seorang kanak-kanak yang suka menjerit, segalanya telah berubah.

Mengapa anak anda menjerit?
Terdapat beberapa keadaan yang menyebabkan si manja anda suka menjerit. Mungkin anak anda seorang yang sangat bertenaga dan baru sahaja sedar akan kuasa suaranya. Bunyi suaranya yang bergema membawa keterujaan bagi dirinya.

Si manja juga sedar yang jeritannya juga menarik perhatian anda. Bagi sesetengah kanak-kanak, ia adalah satu-satunya cara untuk mendapatkan perhatian. Maka mereka akan menjerit jika ingin mendapatkan perhatian ibu bapa atau untuk mendapatkan apa yang diinginkan.

Tips tangani anak suka menjerit

  • Elak daripada menjerit kembali : Dengan menjerit kembali kepada anak anda tidak akan meredakan keadaan. Ia hanya akan menambahkan masalah kerana dengan menjerit kembali, ia akan memberikan idea kepadanya bahawa pertandingan menjerit sedang berlangsung dan jeritan paling kuat adalah pemenang.
  • Perlahankan suara anda : Apabila anda bercakap dengan nada suara yang perlahan, butiran perkataan anda akan tenggelam dalam jeritan si kecil. Perkara ini akan membuat si kecil memperlahankan nada suaranya juga. Bisikkan kepadanya bahawa jeritannya membuatkan anda sakit kepala dan anda boleh mendengar suaranya walaupun dia bercakap tanpa menjerit.
  • Cari tempat mesra keluarga: Anak menjerit di kawasan sempit ataupun di majlis boleh menyebabkan anda malu. Bawalah si manja ke tempat yang bising dan mesra keluarga untuk mengelakkan daripada mengganggu orang lain.
  • Buat perancangan mengikut keselesaannya: Ikut keperluan pemakanan dan tidur si manja jika anda merancang untuk ke pusat membeli-belah. Kanak-kanak yang kelaparan atau keletihan tidak akan bertahan selama dua jam di pusat membeli-belah.
  • Alihkan perhatian: Jadilah ibu bapa yang kreatif. Alihkan perhatian anak anda dengan aktiviti-aktiviti yang menarik dan berfaedah. Antaranya, ajak dan biarkan anak anda untuk memilih barang ketika membeli belah dan jadikan ia satu permainan mini.
  • Beri perhatian: Kadangkala, si manja hanya mahu anda fahami perasaan mereka. Selami apa yang dirasanya pada ketika itu. Terangkan yang anda boleh penuhi kemahuannya setelah anda selesai dengan tugas anda. Berikan pujian dan ganjaran di atas kelakuan baiknya.

Jimat masa. Beli online!

Beli Dutch Lady Nutri Plan™ untuk Si Manja anda melalui beberapa langkah yang mudah.

Beli Sekarang

Anda juga mungkin menyukai

Tip Praktikal Untuk Kanak-Kanak Bersifat Ingin Tahu

Practical Tips for Curious Kids

Si manja anda secara semula jadinya adalah seorang yang ingin tahu dalam dunia di mana segalanya adalah baru buat dirinya.

Baca selanjutnya

Kepentingan Vitamin A untuk Kanak-Kanak

The Importance of Vitamin A for Children

Vitamin A adalah yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak. Ia bagus untuk tumbesaran tulang dan penglihatan yang baik.

Baca selanjutnya

Pengasingan Buat Kanak-kanak

Time-out for Toddlers

Pakar pediatrik di seluruh dunia bersetuju bahawa anak yang melakukan kesalahan perlu didenda agar mereka belajar.

Baca selanjutnya