Mengatasi Sikap Malu Si Manja - Dutch Lady Smart Moments

Susu ibu adalah yang terbaik untuk Si Manja anda

Pertubuhan Kesihatan Dunia mengesyorkan penyusuan ibu secara eksklusif bagi 6 bulan pertama Si Manja. Penyusuan menggunakan botol atau pemberian makanan dan minuman lain boleh memberi kesan negatif terhadap penyusuan ibu. Selepas berusia enam bulan, Si Manja perlulah diberikan makanan yang bersesuaian dengan umurnya disamping penyusuan ibu sehingga berumur dua tahun dan keatas. Dapatkan nasihat doktor sebelum memilih untuk menggunakan susu formula kanak-kanak atau sekiranya anda mengalami kesukaran berkenaan penyusuan ibu.

Saya telah baca dan memahami ini. Saya tidak bersetuju. Layari laman Friesland Campina.

Mengatasi Sikap Malu Si Manja

Overcoming Your Child's Shyness

Sesetengah kanak-kanak bersikap lebih malu berbanding yang lain, dan ini juga dipengaruhi oleh keturunan dan genetik keluarga. Jika anda himpunkan sekumpulan kanak-kanak, pasti ada seorang dua kanak-kanak yang lebih aktif, dan ada juga yang sangat pendiam. Mengatasi sikap malu adalah satu detik manis pencapaian untuk interaksi pergaulan dan sokongan yang sihat bagi hidupnya yang akan datang.

Jadi, sekiranya si manja adalah seorang pemalu dan bukannya penyeri sesebuah majlis, kami ada berita baik untuk anda. Keadaannya ini boleh dipengaruhi oleh reaksi anda terhadap dirinya. Walau bagaimanapun, kita perlu mengambil pendekatan secara berperingkat dan peka terhadap keperluannya.

Tip untuk menggalakan pergaulan sosial

  • Galakkan dan berikan ganjaran untuk kesungguhannya: Apabila anda meminta bantuannya untuk membasuh pinggan atau membuang sampah, ini akan membuatkan si manja berasa diperlukan dalam konteks sosial. Apabila dia bersopan-santun dan mementingkan orang lain, pastikan anda beritahunya bahawa anda berbangga dengan dirinya.
  • Jadi contoh yang baik: Tindakan anda lebih meninggalkan kesan yang lebih mendalam daripada kata-kata. Tingkah laku sosial anda semestinya memberi kesan buat dirinya.
  • Tunjukkan kasih sayang anda: Kanak-kanak yang rasa disayangi adalah lebih mudah untuk membuat kawan baru.
  • Berikan si manja ayat pembuka kata: Jika si manja tidak tahu bagaimana untuk mulakan perbualan, anda boleh mengajar bagaimana untuk memperkenalkan diri dengan memberinya ayat-ayat pembuka kata. “Hai, nama saya Amirah. Selamat berkenalan.” Satu lagi cara yang baik bagi si manja memulakan perbualan adalah dengan memberikannya gula-gula untuk berkongsi bersama kawan baru.
  • Bantu dia untuk berkawan: Cuba untuk bantu si manja berkawan dengan rakan pertamanya, sebaik-baiknya dengan seorang kanak-kanak yang aktif. Selepas tahap ini, dia akan lebih mudah untuk berkawan dengan lebih ramai lagi rakan. Pastikan dia berpakaian seperti kanak-kanak lain agar dia tidak kelihatan berlainan dari yang lain.
  • Pastikan ianya berbaloi: Setiap kali dia cuba untuk bergaul dan bersosial, puji usahanya untuk mencuba. Anda juga boleh dapatkan permainan baru yang boleh si manja kongsikan bersama kawan barunya. Dengan cara ini, anda menggalakkan dia untuk berkongsi sambil memberikan si manja insentif bagi membuat kawan baru.

Jimat masa. Beli online!

Beli Dutch Lady Nutri Plan™ untuk Si Manja anda melalui beberapa langkah yang mudah.

Beli Sekarang

Anda juga mungkin menyukai

Adab Kanak-kanak Ketika Makan

Toddler Table Manners

Ramai kanak-kanak akan duduk diam dan makan di meja selama beberapa minit pada satu masa.

Baca selanjutnya

Kanak-kanak, Si Perampas Mainan

Toddlers and Toy-snatching

Bermain adalah aktiviti penting untuk tumbesaran mental dan sosial si manja anda. Apabila dia belajar untuk bermain bersama kanak-kanak lain, mainan yang dimainnya mungkin dirampas oleh kanak-kanak lain.

Baca selanjutnya

Didik Anak Supaya Mendengar Kata

How to Get Your Toddler to Listen

Kanak-kanak sama seperti orang dewasa, sukar mendengar kata orang lain.

Baca selanjutnya