Protein Penting untuk Si Manja yang sedang Membesar - Dutch Lady Smart Moments

Susu ibu adalah yang terbaik untuk Si Manja anda

Pertubuhan Kesihatan Dunia mengesyorkan penyusuan ibu secara eksklusif bagi 6 bulan pertama Si Manja. Penyusuan menggunakan botol atau pemberian makanan dan minuman lain boleh memberi kesan negatif terhadap penyusuan ibu. Selepas berusia enam bulan, Si Manja perlulah diberikan makanan yang bersesuaian dengan umurnya disamping penyusuan ibu sehingga berumur dua tahun dan keatas. Dapatkan nasihat doktor sebelum memilih untuk menggunakan susu formula kanak-kanak atau sekiranya anda mengalami kesukaran berkenaan penyusuan ibu.

Saya telah baca dan memahami ini. Saya tidak bersetuju. Layari laman Friesland Campina.

Protein Penting untuk Si Manja yang sedang Membesar

Essential Proteins for Your Growing Child

Si manja anda yang sedang membesar dengan kuat dan sihat memerlukan beberapa jenis nutrien yang tertentu untuk menyokong tumbesaran fizikal dan mentalnya. Protein adalah nurtien utama yang penting untuk tumbesaran si manja anda. Antibodi yang menentang penyakit, enzim untuk menguraikan dan memetabolismekan makanan, serta hormon yang mengawal tumbesaran – semua ini adalah dalam kumpulan protein.

Dalam tulangnya, terdapat tiga jenis protein tulang matriks utama untuk mengawal kalsium, mengikat sel dan membentuk tulang kuat. Keratin memastikan rambut dan kuku yang kuat, manakala kromoprotein adalah komponen utama dalam darahnya yang membawa oksigen. Neurotransmiter dalam otak si manja juga adalah daripada asid amino yang dihasilkan oleh protein.

Badan si manja mengandungi hanya 11 daripada 20 jenis asid amino yang diperlukan untuk membina segala protein yang dia perlukan. 9 jenis protein selebihnya yang dipanggil asid amino mesti diperoleh daripada makanan.

Kekurangan protein, terutamanya pada usia muda, boleh membawa kepada pelbagai komplikasi kesihatan. Kecacatan otak, disfungsi sistem imun, anemia serta kadar metabolisme yang tidak normal adalah antara komplikasi yang berkemungkinan berlaku.

Mengambil kisah tentang diet si manja serta apa yang dimakan adalah satu langkah yang bijak. Pastikan si manja mendapat nutrisi lengkap dan seimbang yang mengandungi segala protein yang diperlukan, agar dia boleh membesar dan memenuhi potensinya yang sebenar.

Jimat masa. Beli online!

Beli Dutch Lady Nutri Plan™ untuk Si Manja anda melalui beberapa langkah yang mudah.

Beli Sekarang

Anda juga mungkin menyukai

Pengasingan Buat Kanak-kanak

Time-out for Toddlers

Pakar pediatrik di seluruh dunia bersetuju bahawa anak yang melakukan kesalahan perlu didenda agar mereka belajar.

Baca selanjutnya

Tip Praktikal Untuk Kanak-Kanak Bersifat Ingin Tahu

Practical Tips for Curious Kids

Si manja anda secara semula jadinya adalah seorang yang ingin tahu dalam dunia di mana segalanya adalah baru buat dirinya.

Baca selanjutnya

Memupuk Keyakinan dalam Diri Si Manja

Inspiring Confidence in Your Child

Keyakinan adalah satu aspek yang sangat penting dalam tumbesaran si manja.

Baca selanjutnya