-
Apakah kandungan nutrien utama dalam pek baharu ini, dan apakah kebaikannya untuk si manja saya?
Kami berasa amat bangga untuk memperkenalkan pek baharu ini yang mangandungi 5X DHA*, Protein, Kalsium, Omega 3 & 6, Magnesium, Vitamin C, Vitamin D3 dan banyak lagi! Untuk maklumat lanjut, anda boleh merujuk kepada jadual nutrien yang tertera pada pek.
-
Yang manakah pek baharu yang sesuai untuk si manja saya?
- Untuk pengguna Dutch Lady Curious (1-2 tahun) dan Explore (2-4 tahun), anda boleh membeli pek baharu Dutch Lady 123.
- Untuk pengguna Dutch Lady Create (4-6 tahun), anda boleh membeli pek baharu Dutch Lady 456.
- Untuk pengguna Dutch Lady Learn (6+), anda boleh membeli pek baharu Dutch Lady 6+.
-
Bagaimanakah saya harus menyesuaikan si manja dengan susu formula yang baharu?
Berikut adalah panduan peralihan yang akan kami kongsikan sebagai panduan umum:
- Hari 1-3 (penyajian pertama tiada perubahan, penyajian kedua formula baharu, penyajian ketiga tiada berubah)
- Hari 4-6 (penyajian pertama tiada berubah, penyajian kedua formula baharu, penyajian ketiga formula baharu)
- Hari 7 (semua formula baharu)
-
Dari manakah boleh saya mendapatkan pek baharu?
Pek pek baharu boleh didapati dari kedai kedai berdekatan anda bermula dari July 2018. Ia juga boleh didapati dari kedai online Lazada.
-
Bolehkah saya teruskan memberi si manja saya dengan pek asal?
Pastinya boleh. Anda boleh teruskan memberikan si manja anda susu dari pek asal. Kami sentiasa menasihatkan agar pek-pek yang dibuka harus disimpan dalam bekas kedap udara. Sila jangan memberikan susu yang sudah melepasi tarikh luputnya.
-
Bolehkah saya memberi si manja kurang atau lebih susu tepung rumusan untuk kanak-kanak, berbeza daripada jadual yang tertera pada pek?
Jadual penyusuan adalah sebagai panduan umum untuk kanak-kanak. Jika perlukan maklumat yang lebih lanjut, sila dapatkan nasihat dari pakar doktor.