Rangsang Potensi Otak Kanan Si Manja - Dutch Lady Smart Moments

Susu ibu adalah yang terbaik untuk Si Manja anda

Pertubuhan Kesihatan Dunia mengesyorkan penyusuan ibu secara eksklusif bagi 6 bulan pertama Si Manja. Penyusuan menggunakan botol atau pemberian makanan dan minuman lain boleh memberi kesan negatif terhadap penyusuan ibu. Selepas berusia enam bulan, Si Manja perlulah diberikan makanan yang bersesuaian dengan umurnya disamping penyusuan ibu sehingga berumur dua tahun dan keatas. Dapatkan nasihat doktor sebelum memilih untuk menggunakan susu formula kanak-kanak atau sekiranya anda mengalami kesukaran berkenaan penyusuan ibu.

Saya telah baca dan memahami ini. Saya tidak bersetuju. Layari laman Friesland Campina.

Rangsang Potensi Otak Kanan Si Manja

Unlock Your Child's Right Brain Potential

Sesetengah kanak-kanak dikurniakan imaginasi serta kreativiti yang lebih hebat dari rakan sebayanya yang lain. Kanak-kanak tersebut kebiasaannya mudah dan cepat mentafsir sesuatu secara visual. Jika si manja anda adalah dari golongan ini, mereka mempunyai berkebolehan untuk mengingati laluan pulang ke rumah dengan cepat, lebih gemar melukis dan membina rumah dari mainan blok kayu tanpa berpandukan sebarang rujukan. 

Golongan ini lebih cenderung dengan penggunaan otak kanan yang lebih dominan. Si manja lebih cemerlang di dalam bidang seni dan lebih mudah memahami sesuatu melalui eksperimen nyata. Dari segi perbualan, si manja lekas bosan dengan perbualan yang panjang . Fahami gaya pembelajaran anak anda untuk merangsang penggunaan otak kanannya.

Hebatkan lagi kepintaran visual anak anda
Gilap bakat dan rangsang perkembangan si manja dengan memberikan stimulasi yang betul. Latih dia bermain permainan interaktif yang mencabar minda. Beri tugasan yang boleh menajamkan kebolehan seperti melukis peta perjalanan dari rumah ke kedai runcit ataupun lukisan-lukisan menarik. Tanyakan si manja soalan-soalan. Anda akan dapati jawapan yang mengejutkan dewasa keluar dari mulutnya. 

Sediakan sumber-sumber yang menarik untuk si manja. Jika anak orang lain menggunakan buku teks untuk menyiapkan latihan, anak anda boleh gunakan kamus, ensiklopedia, majalah ataupun internet. Beri bantuan sekiranya dia perlukannya. Beri si manja peluang untuk membuat keputusan agar dia rasa  berkeyakinan dan bersedia menyahut cabaran yang lebih pada masa kelak.

Jimat masa. Beli online!

Beli Dutch Lady Nutri Plan™ untuk Si Manja anda melalui beberapa langkah yang mudah.

Beli Sekarang

Anda juga mungkin menyukai

Bagaimana Kanak-kanak Bersosial

How Children Socialise

Perkembangan sosial kanak-kanak bermula dengan anda. Sebagai ibu bapa, adalah merupakan orang pertama untuk ketawa bersama mereka.

Baca selanjutnya

Si Manja yang Kidal

Your Left-Handed Child

Dominasi penggunaan tangan kanak-kanak akan dapat dilihat kecenderungannya selaras dengan perkembangan kemahiran motor si manja.

Baca selanjutnya

Kecergasan Fizikal Si Manja

Physical Fitness for Your Child

Kanak-kanak yang sedang memberi mempunyai pelbagai jenis keperluan. Selain nutrisi yang cukup dan stimulasi minda, kanak-kanak yang sihat memerlukan senaman.

Baca selanjutnya