Kecergasan Fizikal Si Manja - Dutch Lady Smart Moments

Susu ibu adalah yang terbaik untuk Si Manja anda

Pertubuhan Kesihatan Dunia mengesyorkan penyusuan ibu secara eksklusif bagi 6 bulan pertama Si Manja. Penyusuan menggunakan botol atau pemberian makanan dan minuman lain boleh memberi kesan negatif terhadap penyusuan ibu. Selepas berusia enam bulan, Si Manja perlulah diberikan makanan yang bersesuaian dengan umurnya disamping penyusuan ibu sehingga berumur dua tahun dan keatas. Dapatkan nasihat doktor sebelum memilih untuk menggunakan susu formula kanak-kanak atau sekiranya anda mengalami kesukaran berkenaan penyusuan ibu.

Saya telah baca dan memahami ini. Saya tidak bersetuju. Layari laman Friesland Campina.

Kecergasan Fizikal Si Manja

Physical Fitness for Your Child

Kanak-kanak yang sedang membesar mempunyai pelbagai jenis keperluan. Selain nutrisi yang cukup dan stimulasi minda, kanak-kanak yang sihat memerlukan senaman. Senaman yang kerap membantu mengawal berat badan mereka dan mengekalkan kesihatan mereka.

Berikut antara cara-cara untuk memastikan kesihatan dan kecergasan anak anda:

  • Bermain di taman 
    Kanak-kanak yang aktif melambangkan anak yang sihat. Sekiranya tempat tinggal berhampiran dengan sebuah taman, bawalah si manja beriadah dan berekreasi. Aktiviti fizikal yang dilakukan bukan hanya mampu membina otot tetapi juga saraf-saraf otak.

  • Menari mengikut rentak lagu
    Jika cuaca di luar tidak membenarkan anda beriadah, Jangan bimbang. Anda boleh lakukan aktiviti di rumah dengan menari. Hanya pasangkan lagu-lagu kartun kegemaran si manja ataupun lagu popular kanak-kanak untuk senaman yang meyeronokkan.

  • Bersenam bersama-sama
    Kenal pasti senaman yang boleh anda lakukan bersamanya. Senaman seperti yoga atau tarian erobik adalah mudah untuk dilakukan bersama si manja. Di peringkat ini, si manja suka meniru gaya anda. Ini bukan sahaja menyihatkan badan tetapi ia juga mengukuhkan ikatan kekeluargaan yang mesra.

  • Lebih ramai lebih meriah
    Jemput beberapa orang rakan sebaya/sepermainan anak anda dan adakan aktiviti sukan yang menyeronokkan. Antara contoh aktiviti adalah berbasikal, berenang dan bermain bola gergasi.

  • Daftar kelas
    Perhatikan minat si manja dan daftar kelas untuk aktiviti tersebut seperti menari, berenang ataupun gimnastik. Tetapi jangan melampaui batas kerana si manja mungkin cepat bosan dengan latihan yang sama.

  • Pastikan tenaganya cukup
    Pastikan si manja mendapat makanan dengan nutrisi yang tepat agar dia sentiasa bertenaga. Biasanya makanan yang mengandungi magnesium adalah salah satu  nutrien yang dapat memberi tenaga kepadanya.

Amalkan langkah-langkah mudah ini untuk kebaikan si manja. Ingat, Anak yang gembira adalah anak yang sihat!

Jimat masa. Beli online!

Beli Dutch Lady Nutri Plan™ untuk Si Manja anda melalui beberapa langkah yang mudah.

Beli Sekarang

Anda juga mungkin menyukai

Membina Kecerdasan Emosi Si Manja

Developing Your Child's Emotional Intelligence

Kecerdasan emosi adalah pemangkinmerupakan suatu aspek penting dalam tumbesaran si manja keberkesanan kecerdasan intelek.

Baca selanjutnya

Rangsang Potensi Otak Kanan Si Manja

Unlock Your Child's Right Brain Potential

Sesetengah kanak-kanak dikurniakan imaginasi serta kreativiti yang lebih hebat dari rakan sebayanya yang lain. Kanak-kanak kebiasaannya mudah dan cepat mentafsir sesuatu secara visual.

Baca selanjutnya

Menangani Anak Cerewet Makan

How to Manage a Fussy Eater

Hanya Ibu bapa yang mempunyai anak cerewet makan sahaja tahu betapa sukarnya berhadapan dengan masalah ini.

Baca selanjutnya