Detik manis pencapaian tumbesaran si manja yang berusia 6 tahun - Dutch Lady Smart Moments

Susu ibu adalah yang terbaik untuk Si Manja anda

Pertubuhan Kesihatan Dunia mengesyorkan penyusuan ibu secara eksklusif bagi 6 bulan pertama Si Manja. Penyusuan menggunakan botol atau pemberian makanan dan minuman lain boleh memberi kesan negatif terhadap penyusuan ibu. Selepas berusia enam bulan, Si Manja perlulah diberikan makanan yang bersesuaian dengan umurnya disamping penyusuan ibu sehingga berumur dua tahun dan keatas. Dapatkan nasihat doktor sebelum memilih untuk menggunakan susu formula kanak-kanak atau sekiranya anda mengalami kesukaran berkenaan penyusuan ibu.

Saya telah baca dan memahami ini. Saya tidak bersetuju. Layari laman Friesland Campina.

Detik manis pencapaian tumbesaran si manja yang berusia 6 tahun

Your 6-year-old’s developmental milestones

Si manja akan mula membentuk ikatan sosial, membina kemahiran, dan membesar dari segi mental juga emosi semasa tahun-tahun awal persekolahan. Ini juga adalah tempoh yang baik untuk dia meneroka dan berdikari, bila-dia mula mengetahui apa yang disukai dan cuba lebih menonjolkan dirinya.

Berikut adalah detik-detik manis pencapaian yang boleh anda harapkan apabila si manja mencapai usia 6 tahun:

Kemahiran motor
Si manja anda mungkin masih kelihatan sedikit kekok, tetapi inilah usia di mana kemahiran motornya sedang berkembang dan adalah masa yang baik untuk mengajarnya bagaimana untuk menunggang basikal. Dia juga kini boleh mengikut rentak muzik, dan ini membuka peluang baru untuk anda meneroka aktiviti menyeronokkan untuk dinikmati bersama-sama. 

Kemahiran berfikir
Di usia ini, si manja akan mula berinteraksi dengan dunia dan orang ramai melalui bahasa dan logik, dan bukan sahaja melalui pemerhatiannya. Ini bermakna, dia akan mula berfikir secara abstrak dan memperkembangan kemahiran berfikirnya. Bergantung pada situasi, dia mungkin memerlukan bimbingan anda untuk memahami mengapa dia tidak boleh memiliki atau melakukan sesuatu. Anda boleh membantu dia untuk berfikir tentang akibat tindakannya dan biar dia ketahui sendiri sama ada tindakannya itu betul atau salah.

Perkembangan sosial dan emosi
Apabila si manja mula membina persahabatan, anda haruslah mengambil kira segala perkara yang mungkin berlaku. Walaupun dia semakin berdikari, dia juga berasa kurang selamat dan memerlukan kasih sayang serta restu daripada anda dan gurunya. Persahabatan yang patah mungkin menyebabkan si manja berasa sedih atau kekeliruan, dan pengaruh rakan sebaya akan mula dialami.

Tempoh ini memang mencabar, tetapi dengan ketekunan, kasih sayang dan bimbingan, ia mungkin menjadi satu fasa mengujakan yang bakal membentuk hidupnya.

Jimat masa. Beli online!

Beli Dutch Lady Nutri Plan™ untuk Si Manja anda melalui beberapa langkah yang mudah.

Beli Sekarang

Anda juga mungkin menyukai

Menggalakkan tingkah laku baik

Encouraging good behaviour

Bila si manja mula menjadi semakin berdikari dan membuat segalanya dengan sendiri, adalah penting untuk anda membimbing dan mengawasinya.

Baca selanjutnya

Petua Si Manja Susah Tidur Malam

Tips for Bedtime Resistance

Ramai ibu bapa berhadapan masalah sukar menidurkan anak pada waktu malam. Biarpun lazimnya kanak-kanak gemar berlagak seperti orang dewasa dan kepetahan percakapan mereka juga kadangkala tidak bisa kita lawan, namun si manja hanyalah insan kecil.

Baca selanjutnya

Menetapkan masa menonton TV

Managing screen time

Kanak-kanak kini tidak perlu lagi berada di ruang tamu untuk menonton TV. Dengan telefon bimbit dan tablet yang sentiasa tersedia, kini lebih mudah untuk seorang kanak-kanak menonton sebarang rancangan di mana-mana jua.

Baca selanjutnya