Petua Si Manja Susah Tidur Malam - Dutch Lady Smart Moments

Susu ibu adalah yang terbaik untuk Si Manja anda

Pertubuhan Kesihatan Dunia mengesyorkan penyusuan ibu secara eksklusif bagi 6 bulan pertama Si Manja. Penyusuan menggunakan botol atau pemberian makanan dan minuman lain boleh memberi kesan negatif terhadap penyusuan ibu. Selepas berusia enam bulan, Si Manja perlulah diberikan makanan yang bersesuaian dengan umurnya disamping penyusuan ibu sehingga berumur dua tahun dan keatas. Dapatkan nasihat doktor sebelum memilih untuk menggunakan susu formula kanak-kanak atau sekiranya anda mengalami kesukaran berkenaan penyusuan ibu.

Saya telah baca dan memahami ini. Saya tidak bersetuju. Layari laman Friesland Campina.

Petua Si Manja Susah Tidur Malam

Tips for Bedtime Resistance

Ramai ibu bapa berhadapan masalah sukar menidurkan anak pada waktu malam. Biarpun lazimnya kanak-kanak gemar berlagak seperti orang dewasa dan kepetahan percakapan mereka juga kadangkala tidak bisa kita lawan, namun si manja hanyalah insan kecil yang takut jika ditinggalkan bersendirian lebih-lebih lagi pada waktu malam. Bunyi-bunyian aneh, dentuman guruh dan hantu imaginasi sering mengganggumya. Peliknya, ada antara mereka yang berani, tetapi enggan tidur kerana merasakan perkara tersebut adalah membosankan.

Amalkan petua berikut untuk memudahkan anak tidur:

  • Bercakap tentang harinya: Si manja harapkan perhatian. Ini adalah fakta yang bukan lagi rahsia. Luangkan masa bercakap dan biarkan dia berkongsi suka duka yang telah dilalui pada hari itu. Biarkan si manja luahkan apa yang dipendam agar mindanya tenang.

  • Buat jadual: Kanak-kanak lebih selesa dengan rutin dan sesuatu yang mudah dijangka. Berus gigi, cerita waktu tidur diikuti ciuman sayang di atas dahi adalah petanda kepada si manja bahawa waktu tidur telah tiba . Amalkan langkah mudah tersebut dan jadikannya tabiat.

  • Berikan sedikit kebebasan: Si manja anda memang gemar berlagak dan dilayan seperti orang dewasa. Si manja rasa dirinya penting jika berjaya buat keputusan sendiri. Biar dia pilih samada mahu didendangkan nyanyian atau mendengar cerita. Si manja akan lebih mendengar kata jika kemahuannya dituruti.

  • Selidik sebabnya: Tanya si manja mengapa tidak mahu tidur? Tanya adakah dia tidak sihat, tidak mengantuk atau bosan? Adakah dia mahu berkongsi sesuatu? Kadangkala perubahan waktu seperti waktu tidur yang diawalkan juga menjadi penyebab anak susah tidur.

Jimat masa. Beli online!

Beli Dutch Lady Nutri Plan™ untuk Si Manja anda melalui beberapa langkah yang mudah.

Beli Sekarang

Anda juga mungkin menyukai

Menggalakkan tingkah laku baik

Encouraging good behaviour

Bila si manja mula menjadi semakin berdikari dan membuat segalanya dengan sendiri, adalah penting untuk anda membimbing dan mengawasinya.

Baca selanjutnya

Detik manis pencapaian tumbesaran si manja yang berusia 6 tahun

Your 6-year-old’s developmental milestones

Si manja akan mula membentuk ikatan sosial, membina kemahiran, dan membesar dari segi mental juga emosi semasa tahun-tahun awal persekolahan.

Baca selanjutnya

Si manja berusia 6 tahun yang sedang membesar

Your growing 6-year-old

Pada usia enam tahun, si manja anda akan mula menjadi berdikari dan membentuk amalan-amalan serta kegemarannya yang tersendiri.

Baca selanjutnya