Si manja berumur 6 tahun yang berdikari - Dutch Lady Smart Moments

Susu ibu adalah yang terbaik untuk Si Manja anda

Pertubuhan Kesihatan Dunia mengesyorkan penyusuan ibu secara eksklusif bagi 6 bulan pertama Si Manja. Penyusuan menggunakan botol atau pemberian makanan dan minuman lain boleh memberi kesan negatif terhadap penyusuan ibu. Selepas berusia enam bulan, Si Manja perlulah diberikan makanan yang bersesuaian dengan umurnya disamping penyusuan ibu sehingga berumur dua tahun dan keatas. Dapatkan nasihat doktor sebelum memilih untuk menggunakan susu formula kanak-kanak atau sekiranya anda mengalami kesukaran berkenaan penyusuan ibu.

Saya telah baca dan memahami ini. Saya tidak bersetuju. Layari laman Friesland Campina.

Si manja berumur 6 tahun yang berdikari

Your independent 6-year-old

Si manja yang berusia 6 tahun kini sudah cukup tua untuk menguruskan kerja-kerja rumah dan tugasan yang mudah. Jangan terkejut jika dia meminta tugasan daripada anda untuk dia terus meneroka hidupnya yang mula bebas.

Kerja rumah mahupun memasak makanan sendiri, ini adalah masa yang terbaik untuk membincangkan tentang tanggungjawab dan keyakinan diri dengan si manja anda. Ingat untuk sentiasa memerhatinya apabila dia melakukan sesuatu dengan sendiri, terutamanya jika ia adalah kali pertamanya.

Berikut adalah tugasan yang sesuai untuk kanak-kanak berumur 6 tahun:

Waktu mandi
Biar si manja mandi sendiri, tetapi pastikan anda berhampiran sekiranya dia memerlukan bantuan. Anda mungkin ingin menukar suhu air terlebih dahulu agar dia tidak terlalu panas. 

Sarapan dan snek
Beri peluang kepada si manja untuk menyediakan hidangan makanannya sendiri, tidak kisahlah sandwic atau bijirin bersama susu. Anda juga boleh mengajarnya menggunakan pembakar roti. Jika hidangannya ingin dibawa ke sekolah, anda boleh biarkan si manja memilih apa yang dia ingin makan, dan ajarnya tentang kebaikan diet yang sihat.

Pek untuk sekolah
Anda boleh awasinya, tetapi si manja haruslah membuat pilihannya sendiri bagi buku dan alat tulis yang diperlukan untuk sekolah.

Kerja rumah harian
Pada usia ini, si manja sepatutnya sudah mampu untuk menjaga kebersihan diri, mengemas katil dan biliknya. Anda juga boleh memberinya kerja-kerja rumah harian yang mudah seperti memvakum dan melipat baju.

Walau apapun tugasan yang diberikan, ingatlah bahawa tumbesaran setiap kanak-kanak adalah berbeza. Sentiasa awasi si manja dan jangan lupa untuk memuji dan menggalakkan dia apabila dia melakukan sesuatu dengan betul.

Jimat masa. Beli online!

Beli Dutch Lady Nutri Plan™ untuk Si Manja anda melalui beberapa langkah yang mudah.

Beli Sekarang

Anda juga mungkin menyukai

Tip untuk malam yang bebas stres bersama si manja

Tips for a stress-free night with your child

Si manja anda mungkin sudah mula bersekolah dan jadual hariannya adalah padat. Tambahan lagi, masanya juga harus dibahagikan untuk kerja rumah, bermain dan masa bersama keluarga.

Baca selanjutnya

Menetapkan masa menonton TV

Managing screen time

Kanak-kanak kini tidak perlu lagi berada di ruang tamu untuk menonton TV. Dengan telefon bimbit dan tablet yang sentiasa tersedia, kini lebih mudah untuk seorang kanak-kanak menonton sebarang rancangan di mana-mana jua.

Baca selanjutnya

Si manja berusia 6 tahun yang sedang membesar

Your growing 6-year-old

Pada usia enam tahun, si manja anda akan mula menjadi berdikari dan membentuk amalan-amalan serta kegemarannya yang tersendiri.

Baca selanjutnya