Si manja berusia 6 tahun yang sedang membesar - Dutch Lady Smart Moments

Susu ibu adalah yang terbaik untuk Si Manja anda

Pertubuhan Kesihatan Dunia mengesyorkan penyusuan ibu secara eksklusif bagi 6 bulan pertama Si Manja. Penyusuan menggunakan botol atau pemberian makanan dan minuman lain boleh memberi kesan negatif terhadap penyusuan ibu. Selepas berusia enam bulan, Si Manja perlulah diberikan makanan yang bersesuaian dengan umurnya disamping penyusuan ibu sehingga berumur dua tahun dan keatas. Dapatkan nasihat doktor sebelum memilih untuk menggunakan susu formula kanak-kanak atau sekiranya anda mengalami kesukaran berkenaan penyusuan ibu.

Saya telah baca dan memahami ini. Saya tidak bersetuju. Layari laman Friesland Campina.

Si manja berusia 6 tahun yang sedang membesar

Your growing 6-year-old

Pada usia enam tahun, si manja anda akan mula menjadi berdikari dan membentuk amalan-amalan serta kegemarannya yang tersendiri. Hubungan sosialnya juga akan berkembang apabila dia mula bersekolah, berinteraksi dengan persekitarannya, dan membuat kawan baru. 

Berikut adalah ringkasan tentang perubahan yang anda boleh jangkakan daripada si manja pada usia yang mengujakan ini:

Tempoh tumpuan
Si manja seharusnya mempunyai kawalan diri dan tempoh tumpuan untuk duduk diam bagi masa yang lama. Ini adalah masa yang ideal untuk memupuk adab di meja makan dan memulakan perbualan sewaktu makan.

Kerja harian
Di usia ini, kanak-kanak biasanya bukan sahaja mampu, tetapi juga rela untuk memikul lebih tanggungjawab di rumah dan sekolah. Berikan tugasan yang bersesuaian dengan umur mereka seperti menyapu lantai atau membasuh pinggan, dan berikan mereka ganjaran apabila mereka melakukannya dengan baik.
Jika anda masak di rumah, ini juga adalah masa yang baik untuk meminta mereka membantu anda di dapur.

Pengaruh rakan sebaya
Semasa membuat kawan baru, si manja mungkin mula meminta makanan ringan kerana itulah yang dimakan oleh kanak-kanak lain. Anda boleh gunakan peluang ini untuk berbincang tentang pemakanan sihat dan meneroka masakan-masakan lain.

Tidur
Si manja memerlukan tidur selama 10 – 12 jam pada usia ini. Cabaran yang anda mungkin hadapi adalah untuk mencari masa untuknya bagi kerja rumah, masa bermain serta masa bersama keluarga. Salah satu cara untuk mengurus jadual si manja adalah dengan mengehadkan aktiviti seperti menonton TV atau bermain permainan video.

Perilaku buruk
Apabila si manja mula menjadi lebih berdikari dan inginkan kawalan terhadap apa yang dia lakukan, pakaian atau makanan, masalah tingkah laku mungkin menjadi ketara. Dia mungkin melanggar arahan anda dan cuba untuk melepaskan diri, contohnya dia tidak mahu tidur malam. Walau bagaimanapun, disiplin yang konsisten boleh membantu mengatasi masalah ini.

Jimat masa. Beli online!

Beli Dutch Lady Nutri Plan™ untuk Si Manja anda melalui beberapa langkah yang mudah.

Beli Sekarang

Anda juga mungkin menyukai

Si manja berumur 6 tahun yang berdikari

Your independent 6-year-old

Si manja yang berusia 6 tahun kini sudah cukup tua untuk menguruskan kerja-kerja rumah dan tugasan yang mudah. Jangan terkejut jika dia meminta tugasan daripada anda untuk dia terus meneroka hidupnya yang mula bebas.

Baca selanjutnya

Menggalakkan tingkah laku baik

Encouraging good behaviour

Bila si manja mula menjadi semakin berdikari dan membuat segalanya dengan sendiri, adalah penting untuk anda membimbing dan mengawasinya.

Baca selanjutnya

Petua Si Manja Susah Tidur Malam

Tips for Bedtime Resistance

Ramai ibu bapa berhadapan masalah sukar menidurkan anak pada waktu malam. Biarpun lazimnya kanak-kanak gemar berlagak seperti orang dewasa dan kepetahan percakapan mereka juga kadangkala tidak bisa kita lawan, namun si manja hanyalah insan kecil.

Baca selanjutnya