Si Manja yang Berdikari - Dutch Lady Smart Moments

Susu ibu adalah yang terbaik untuk Si Manja anda

Pertubuhan Kesihatan Dunia mengesyorkan penyusuan ibu secara eksklusif bagi 6 bulan pertama Si Manja. Penyusuan menggunakan botol atau pemberian makanan dan minuman lain boleh memberi kesan negatif terhadap penyusuan ibu. Selepas berusia enam bulan, Si Manja perlulah diberikan makanan yang bersesuaian dengan umurnya disamping penyusuan ibu sehingga berumur dua tahun dan keatas. Dapatkan nasihat doktor sebelum memilih untuk menggunakan susu formula kanak-kanak atau sekiranya anda mengalami kesukaran berkenaan penyusuan ibu.

Saya telah baca dan memahami ini. Saya tidak bersetuju. Layari laman Friesland Campina.

Si Manja yang Berdikari

Independence and Your Child

Walau berapa pun usia si manja anda, dia perlukan perhatian dan kasih sayang anda. Tetapi, tahap perhatian yang diperlukan akan berubah bersama usianya. Sebagai ibu bapa, tindakan kita juga mesti berubah, daripada menyuapkan kepada menyediakan, daripada melindungi kepada menasihati.

Bebaskan si manja, sedikit demi sedikit.

Untuk membebaskan si manja dan biarkannya berdikari sendiri bukanlah perkara yang mudah. Si manja dilahirkan dengan impuls semula jadi yang kuat dan penting. Adalah lebih baik untuk anda memupuk impuls ingin tahu ini, daripada cuba untuk melindungi si manja daripadanya. Apabila si manja mula menerokai persekitarannya sendiri, dia akan membentuk kemahiran serta keyakinan lebih baik yang akan membantunya apabila dia melangkah ke alam dewasa. Ini adalah sesuatu yang baik untuk dimulakan dari dia kecil lagi.

Berikut adalah beberapa tip:

  • Dengar kata-katanya: Ramai ibu bapa yang menyuruh anak mereka untuk diam sebagai cara bagi mendisiplinkan mereka. Elakkan daripada melakukan yang demikian tanpa sebab kerana ia mungkin membuatkan mereka berasa bahawa pendapat mereka adalah tidak penting. Jika anda ingin si manja untuk tidak bersuara, pastikan anda terangkan sebabnya sebelum melakukan sedemikian. Tanyalah si manja tentang harinya, perasaannya, dan biarkan dia bercerita. Jelaskan kepadanya dalam bahasa yang mudah apabila dia bertanya soalan.
  • Biar si manja luangkan masa bersendirian: Kanak-kanak yang berumur satu tahun juga boleh dibiarkan untuk bermain sendirian sekiranya persekitarannya selamat. Walaupun semasa anda bersamanya, si manja boleh bermain seorang diri jika anda hanya berinteraksi dengannya sesekali. Renungan, senyuman atau gerakan tangan ada kalanya hanyalah apa yang si manja perlukan.
  • Jadi contoh yang baik: Sedar atau tidak, si manja akan meniru tindakan anda dalam banyak perkara. Jika anda sering memastikan jalan selamat sebelum melintas, perlahan-lahan dia akan mula meniru dan mengikut anda. Jika anda bersikap agresif semasa menghadapi krisis, dia juga mungkin bertindak sedemikian.
  • Berikan si manja tugasan yang menyeronokkan.: Berkongsi kerja-kerja rumah yang selamat adalah cara yang baik untuk memupuk kerajinan dalam diri si manja. Anda juga boleh menjadikan kerja rumah satu aktiviti yang menyeronokkan. Pastikan anda memujinya setelah tugasan yang diberi dilengkapkan dengan baik.
  • Biar si manja membuat pilihan: Membiarkan si manja membuat pilihan sendiri akan meningkatkan lagi tahap keyakinannya. Biar dia memilih pakaiannya sendiri setelah dia mampu berbuat begitu. Berbincang tentang apa yang telah dipilih dan ketahui apa yang disukainya, agar anda juga lebih mengenali si manja.

Jimat masa. Beli online!

Beli Dutch Lady Nutri Plan™ untuk Si Manja anda melalui beberapa langkah yang mudah.

Beli Sekarang

Anda juga mungkin menyukai

Kepentingan Vitamin A untuk Kanak-Kanak

The Importance of Vitamin A for Children

Vitamin A adalah yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak. Ia bagus untuk tumbesaran tulang dan penglihatan yang baik.

Baca selanjutnya

Cara Menangani Anak yang Menjerit

Dealing with a Screaming Toddler

Anda mungkin pernah menyaksikan situasi ini: Sebuah keluarga dengan anak kecil yang suka menjerit sekuat-sekuatnya di khalayak ramai.

Baca selanjutnya

Mengatasi Sikap Malu Si Manja

Overcoming Your Child's Shyness

Sesetengah kanak-kanak bersikap lebih malu berbanding yang lain, dan ini juga dipengaruhi oleh keturunan dan genetik keluarga.

Baca selanjutnya