Bentuk Budi Pekerti Si Manja - Dutch Lady Smart Moments

Susu ibu adalah yang terbaik untuk Si Manja anda

Pertubuhan Kesihatan Dunia mengesyorkan penyusuan ibu secara eksklusif bagi 6 bulan pertama Si Manja. Penyusuan menggunakan botol atau pemberian makanan dan minuman lain boleh memberi kesan negatif terhadap penyusuan ibu. Selepas berusia enam bulan, Si Manja perlulah diberikan makanan yang bersesuaian dengan umurnya disamping penyusuan ibu sehingga berumur dua tahun dan keatas. Dapatkan nasihat doktor sebelum memilih untuk menggunakan susu formula kanak-kanak atau sekiranya anda mengalami kesukaran berkenaan penyusuan ibu.

Saya telah baca dan memahami ini. Saya tidak bersetuju. Layari laman Friesland Campina.

Bentuk Budi Pekerti Si Manja

Minding Your Child's Manners

Melentur buluh biar dari rebungnya. Membentuk adab dan pekerti anak-anak perlu dari kecil lagi kerana peribadi yang baik adalah lambang asuhan ibu bapa yang mendidik mereka sejak dari lahir.

Mulakan dengan perkara asas, kesopanan. Anda mungkin sudah biasa dengan perkataan ‘tolong’ ataupun ‘terima kasih’ namun itu semua perkara baru bagi si manja. Berikan masa untuk mereka membiasakan diri menggunakan perkataan tersebut.

Adab yang baik juga merangkumi reaksi tubuh. Lihat ke dalam matanya apabila bercakap dan berkata-katalah dengan sopan apabila meminta dia berbuat sesuatu. Jangan lupa ucapkan terima kasih di atas usaha telah si manja tunjukkan.

Ingat bahawa si manja akan meniru perbuatan, bukannya menurut arahan. Anda mungkin tidak sedar bahawa si manja sentiasa memerhatikan tindakan dan apa yang diperkatakan oleh anda. Jadi tunjukkan teladan dan jadilah contoh yang baik.

Jangan terus memarahi si manja jika dia gagal mematuhi arahan. Nasihatkan secara baik sekiranya dia terlupa dan berikan pujian sekiranya mereka berhak mendapatnya. Kemarahan anda boleh membuatkan mereka sedih dan enggan terus belajar.

Sikap konsisten merupakan salah satu kunci utama di dalam membentuk peribadi mulia anak-anak. Setelah kata-kata seperti ‘tolong’ dan ‘terima kasih’ mula digunakan, galakkan anak-anak untuk mengatakannya kepada orang lain juga. Pekerti mulia akan meresap ke dalam diri mereka melalui galakkan yang berterusan dan positif.

Jimat masa. Beli online!

Beli Dutch Lady Nutri Plan™ untuk Si Manja anda melalui beberapa langkah yang mudah.

Beli Sekarang

Anda juga mungkin menyukai

Si Manja yang Kidal

Your Left-Handed Child

Dominasi penggunaan tangan kanak-kanak akan dapat dilihat kecenderungannya selaras dengan perkembangan kemahiran motor si manja.

Baca selanjutnya

Si Manja dan Imaginasinya

Your Toddler and Their Imagination

Imaginasi adalah aspek penting yang sering dipandang ringan dalam tumbesaran kanak-kanak. Otak kanak-kanak adalah lebih padat berbanding otak dewasa.

Baca selanjutnya

Rangsang Potensi Otak Kanan Si Manja

Unlock Your Child's Right Brain Potential

Sesetengah kanak-kanak dikurniakan imaginasi serta kreativiti yang lebih hebat dari rakan sebayanya yang lain. Kanak-kanak kebiasaannya mudah dan cepat mentafsir sesuatu secara visual.

Baca selanjutnya