Si Manja dan Imaginasinya - Dutch Lady Smart Moments

Susu ibu adalah yang terbaik untuk Si Manja anda

Pertubuhan Kesihatan Dunia mengesyorkan penyusuan ibu secara eksklusif bagi 6 bulan pertama Si Manja. Penyusuan menggunakan botol atau pemberian makanan dan minuman lain boleh memberi kesan negatif terhadap penyusuan ibu. Selepas berusia enam bulan, Si Manja perlulah diberikan makanan yang bersesuaian dengan umurnya disamping penyusuan ibu sehingga berumur dua tahun dan keatas. Dapatkan nasihat doktor sebelum memilih untuk menggunakan susu formula kanak-kanak atau sekiranya anda mengalami kesukaran berkenaan penyusuan ibu.

Saya telah baca dan memahami ini. Saya tidak bersetuju. Layari laman Friesland Campina.

Si Manja dan Imaginasinya

Your Toddler and Their Imagination

Imaginasi adalah aspek penting yang sering dipandang ringan dalam tumbesaran kanak-kanak. Otak kanak-kanak adalah lebih padat berbanding otak dewasa. Hubungan otak yang berulang akan menjadikan ia hubungan yang kekal, Manakala hubungan yang tidak digunakan akan pudar ditelan usia.

Apabila anda mendedahkan si manja kepada rangsangan-rangsangan baru, anda meluaskan lagi pandangan dunianya. Cetusan imaginasi si manja yang kerap membolehkan otaknya membina satu hubungan bersama kemampuan imaginatifnya.

Bagaimana boleh anda membantu
Hidupkan fantasi si manja dengan membaca buku-buku bergambar. Pilihlah buku-buku dari pelbagai sumber untuk imaginasi yang sihat. Ini juga akan meluaskan meningkatkan lagi laras bahasa dan kemampuan si manja untuk bertutur dan mengekspresikan dirinya. Buku-buku bergambar juga membantu untuk memberi gambaran yang lebih baik berbanding daripada perkataan dan ayat.

Dapatkan buku yang mempunyai imej yang besar dan berwarna-warni. Oleh kerana fokus utama akan diberikan pada imej dan gambarnya, anda boleh mencipta cerita sendiri untuk si manja. Otak kanak-kanak inginkan input baru, jadi tunjukkan pelbagai gambar kepada si manja untuk mencetuskan lagi sifat ingin tahunya.

Tetapi anda tidak perlu menggunakan gambar sahaja. Bunyi juga membantu mencipta hubungan antara objek. Bunyi haiwan, kenderaan dan lagu-lagu iklan juga boleh menjadi sebahagian daripada dunianya jika diulangi dengan kerap. Sesetengah kanak-kanak mungkin belajar dengan lebih baik secara auditori, jadi pastikan anda memberi rangsangan pelbagai deria.

Anda juga boleh bermain dengan anak anda dalam ‘permainan berpura-pura’. Biarkan si manja berpura-pura menjadi seorang ahli sihir atau hero komik yang hebat agar di berasa cukup kuat untuk mengawal sesuatu situasi. Dalam permainan berpura-pura ini, si manja mungkin mencipta syarat-syarat untuk dirinya sendiri (disiplin diri) atau cuba memahami perasaan seekor kucing yang dilihat di tepi jalan (empati). Kanak-kanak yang banyak bermain berpura-pura juga didapati mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah yang lebih baik bila dewasa kelak.

Libatkan diri anda dalam sesi-sesi permainan ini dan biarkan si manja ekspresikan dirinya. Biar sifat dalaman kanak-kanak bermain bersamanya dan ikuti imaginasi si manja anda. Anda juga mungkin mempelajari sesuatu yang baru!

Jimat masa. Beli online!

Beli Dutch Lady Nutri Plan™ untuk Si Manja anda melalui beberapa langkah yang mudah.

Beli Sekarang

Anda juga mungkin menyukai

Kecergasan Fizikal Si Manja

Physical Fitness for Your Child

Kanak-kanak yang sedang memberi mempunyai pelbagai jenis keperluan. Selain nutrisi yang cukup dan stimulasi minda, kanak-kanak yang sihat memerlukan senaman.

Baca selanjutnya

Si Manja yang Kidal

Your Left-Handed Child

Dominasi penggunaan tangan kanak-kanak akan dapat dilihat kecenderungannya selaras dengan perkembangan kemahiran motor si manja.

Baca selanjutnya

Rangsang Potensi Otak Kanan Si Manja

Unlock Your Child's Right Brain Potential

Sesetengah kanak-kanak dikurniakan imaginasi serta kreativiti yang lebih hebat dari rakan sebayanya yang lain. Kanak-kanak kebiasaannya mudah dan cepat mentafsir sesuatu secara visual.

Baca selanjutnya