Membesarkan seorang kanak-kanak yang imaginatif - Dutch Lady Smart Moments

Susu ibu adalah yang terbaik untuk Si Manja anda

Pertubuhan Kesihatan Dunia mengesyorkan penyusuan ibu secara eksklusif bagi 6 bulan pertama Si Manja. Penyusuan menggunakan botol atau pemberian makanan dan minuman lain boleh memberi kesan negatif terhadap penyusuan ibu. Selepas berusia enam bulan, Si Manja perlulah diberikan makanan yang bersesuaian dengan umurnya disamping penyusuan ibu sehingga berumur dua tahun dan keatas. Dapatkan nasihat doktor sebelum memilih untuk menggunakan susu formula kanak-kanak atau sekiranya anda mengalami kesukaran berkenaan penyusuan ibu.

Saya telah baca dan memahami ini. Saya tidak bersetuju. Layari laman Friesland Campina.

Membesarkan seorang kanak-kanak yang imaginatif

Raising an imaginative child

Pada usia enam tahun, kanak-kanak akan mula menjadi lebih sedar akan dirinya, jadi berpura-pura bermain “lanun” di ruang tamu mungkin tidak akan mengujanya seperti membaca dan menulis tentang lanun. Tetapi hanya kerana dia kurang bermain tidak bermaksud imaginasinya sudah tersekat. 

Terdapat banyak faedah bagi membesarkan seorang kanak-kanak yang imaginatif, termasuklah penguasaan bahasa yang lebih baik (mereka secara amnya lebih banyak menulis dan membaca) serta mempelajari kemahiran sosial Apabila mereka bermain dengan kanak-kanak lain. Pemikiran kreatif juga membina skil yang penting iaitu penyelesaian masalah dan menangani cabaran, dua ciri-ciri yang baik untuk kanak-kanak dan orang dewasa. 

Jika anda ingin imaginasi si manja kekal menyala dengan terang, berikut adalah tip-tip yang berguna: 

Galakkan membaca: Dedahkan si manja kepada pelbagai jenis buku, dari penulis, genre serta gaya penulisan yang berbeza. Selain kisah fiksyen, ajak si manja untuk mencari maklumat dalam buku-buku rujukan dan jawab kesemua soalan mereka tentang kehidupan dan dunia semesta. 

Reka cerita: Reka kisah bersama si manja untuk memupuk imaginasi dan daya reka mereka. Anda boleh menggalakkan dia untuk menulis dan melukis kisahnya sendiri.

Cipta muzik: Jika si manja meminati muzik, ini adalah peluang yang baik untuk mengajarnya bermain alatan muzik. Terdapat juga alternatif lain seperti menyanyi dan menari untuk dia libatkan diri. 

Biar kebosanan menolong anda : Ini mungkin seperti sesuatu yang berbeza, tetapi kebosanan boleh membantu si manja merangsang imaginasinya. Apabila dia terpaksa menghiburkan diri, si manja mampu mengagumkan anda dengan bagaimana dia mentransformasikan objek-objek biasa menjadi mainan atau inspirasi baru.

Jimat masa. Beli online!

Beli Dutch Lady Nutri Plan™ untuk Si Manja anda melalui beberapa langkah yang mudah.

Beli Sekarang

Anda juga mungkin menyukai

Si Manja dan Imaginasinya

Your Toddler and Their Imagination

Imaginasi adalah aspek penting yang sering dipandang ringan dalam tumbesaran kanak-kanak. Otak kanak-kanak adalah lebih padat berbanding otak dewasa.

Baca selanjutnya

Si Manja yang Kidal

Your Left-Handed Child

Dominasi penggunaan tangan kanak-kanak akan dapat dilihat kecenderungannya selaras dengan perkembangan kemahiran motor si manja.

Baca selanjutnya

Menangani Anak Cerewet Makan

How to Manage a Fussy Eater

Hanya Ibu bapa yang mempunyai anak cerewet makan sahaja tahu betapa sukarnya berhadapan dengan masalah ini.

Baca selanjutnya