Menangani Anak Cerewet Makan - Dutch Lady Smart Moments

Susu ibu adalah yang terbaik untuk Si Manja anda

Pertubuhan Kesihatan Dunia mengesyorkan penyusuan ibu secara eksklusif bagi 6 bulan pertama Si Manja. Penyusuan menggunakan botol atau pemberian makanan dan minuman lain boleh memberi kesan negatif terhadap penyusuan ibu. Selepas berusia enam bulan, Si Manja perlulah diberikan makanan yang bersesuaian dengan umurnya disamping penyusuan ibu sehingga berumur dua tahun dan keatas. Dapatkan nasihat doktor sebelum memilih untuk menggunakan susu formula kanak-kanak atau sekiranya anda mengalami kesukaran berkenaan penyusuan ibu.

Saya telah baca dan memahami ini. Saya tidak bersetuju. Layari laman Friesland Campina.

Menangani Anak Cerewet Makan

How to Manage a Fussy Eater

Hanya Ibu bapa yang mempunyai anak cerewet makan sahaja tahu betapa sukarnya berhadapan dengan masalah ini. Bayangkan, pelbagai cara telahpun dilakukan bagi menarik perhatian si kecil untuk menjamah makanan namun semuanya tidak berhasil. Jangan bimbang kerana masalah ini adalah normal dan boleh diatasi.

Fahami corak pemakanannya
Apabila anak kurang makan,  ibu bapa semestinya akan bimbang dan ramai juga di antara mereka akan memaksa si manja untuk makan lebih banyak daripada sepatutnya. Namun, usaha itu mungkin sia-sia kerana lebih banyak tekanan dan paksaan kepada si manja, lebih banyaklah ragamnya tidak mahu makan.

Ibu bapa tidak perlu bimbang kerana si manja tidak akan membiarkan dirinya berkelaparan. Jangan bimbang sekiranya tiba-tiba si manja tidak mahu makan makanan kegemaran mereka ataupun takut untuk mencuba makanan baru (neofobia) kerana ini adalah lumrah yang akan dialami setiap kanak-kanak.

Tip tangani anak cerewet makan

  •  Elakkan terlalu memaksa: usah terlalu berkeras dengan anak dalam  pemakanan sehariannya. Pantau pengambilan makanannya dari seminggu ke seminggu.
  •  Makan bersama-sama:Temani dan luangkan masa untuk makan bersama si manja, terutamanya jika anda dan pasangan kedua-duanya bekerja. Makan bersama-sama dapat mengeratkan ikatan dan membuatkan si manja lebih menghargai peluang tersebut.
  •  Hadkan kuantiti makanan: Kanak-kanak tidak akan dapat menghabiskan kuantiti makanan yang banyak. Hidanglah makanan dalam jumlah yang sedikit agar mudah mereka menghabiskannya.
  •  Berikan pujian dan penghargaan : Cara pemakanan yang betul juga perlu diberikan penghargaan. Pujilah anak anda dan berikan kata-kata semangat apabila dia berjaya menghabiskan makanannya.
  •  Pastikan ia konsisten: Jadual makan menjanjikan waktu makan yang teratur dan memudahkan anak-anak untuk mematuhi rutin pemakanan harian mereka.
  •  Sediakan sajian bersama-sama: Galakkan si manja untuk merancang dan menyediakan sajian bersama-sama. Berikan tugas-tugas mudah seperti memilih jem. si manja akan berasa bersemangat untuk menikmati makanan yang dia sediakan bersama ibu tersayang.
  •  Makan pada waktu lain: Tidak mengapa jika mereka enggan makan pada masa yang ditetapkan. Jangan paksa dan tunggu untuk masa makan yang seterusnya. Ingat, si manja pasti akan makan secukupnya dan tidak akan biarkan dirinya lapar.

Jimat masa. Beli online!

Beli Dutch Lady Nutri Plan™ untuk Si Manja anda melalui beberapa langkah yang mudah.

Beli Sekarang

Anda juga mungkin menyukai

Si Manja dan Imaginasinya

Your Toddler and Their Imagination

Imaginasi adalah aspek penting yang sering dipandang ringan dalam tumbesaran kanak-kanak. Otak kanak-kanak adalah lebih padat berbanding otak dewasa.

Baca selanjutnya

Rangsang Potensi Otak Kanan Si Manja

Unlock Your Child's Right Brain Potential

Sesetengah kanak-kanak dikurniakan imaginasi serta kreativiti yang lebih hebat dari rakan sebayanya yang lain. Kanak-kanak kebiasaannya mudah dan cepat mentafsir sesuatu secara visual.

Baca selanjutnya

Bagaimana Kanak-kanak Bersosial

How Children Socialise

Perkembangan sosial kanak-kanak bermula dengan anda. Sebagai ibu bapa, adalah merupakan orang pertama untuk ketawa bersama mereka.

Baca selanjutnya