Membina Kecerdasan Emosi Si Manja - Dutch Lady Smart Moments

Susu ibu adalah yang terbaik untuk Si Manja anda

Pertubuhan Kesihatan Dunia mengesyorkan penyusuan ibu secara eksklusif bagi 6 bulan pertama Si Manja. Penyusuan menggunakan botol atau pemberian makanan dan minuman lain boleh memberi kesan negatif terhadap penyusuan ibu. Selepas berusia enam bulan, Si Manja perlulah diberikan makanan yang bersesuaian dengan umurnya disamping penyusuan ibu sehingga berumur dua tahun dan keatas. Dapatkan nasihat doktor sebelum memilih untuk menggunakan susu formula kanak-kanak atau sekiranya anda mengalami kesukaran berkenaan penyusuan ibu.

Saya telah baca dan memahami ini. Saya tidak bersetuju. Layari laman Friesland Campina.

Membina Kecerdasan Emosi Si Manja

Developing Your Child's Emotional Intelligence

Kecerdasan emosi merupakan suatu aspek penting dalam tumbesaran si manja . Ia dizahirkan melalui keupayaannya untuk mengesan, mentafsir dan mengawal emosi dengan munasabah. Kecerdasan emosi yang baik membantu dalam penyelesaian masalah, kerjasama dan kesejahteraan sosial.

Berikut adalah cara-cara yang anda boleh membantu membina kecerdasan emosinya:

Selami perasaannya
Sekiranya si manja dikelilingi orang-orang yang cuba memahami dan berkongsi dengannya, dia juga akan bertindak sama.

Minta anak anda berkongsi
Tanya si manja sama ada dia boleh berkongsi permainannya. Biar dia tentukan berapa lama mainan tersebut boleh dipinjamkan. Sekiranya dia bersetuju, berikan pujian di atas kerjasamanya itu. Paksaan hanya akan menyebabkan protes dan membuatnya berfikir bahawa berkongsi adalah sesuatu yang negatif.

Terangkan mengenai akibatnya
Segala dalam hidup mempunyai akibatnya. Berikan pilihan kepadanya dan biarkan si manja membuat pilihannya sendiri. Setelah pilihan dibuat dan kesan dapat dilihat, terangkan serta ingatkan bahawa kejadian yang berlaku adalah akibat pilihannya sendiri. Dengan cara tersebut, dia akan berhati-hati apabila membuat keputusan selepas ini.

Selesaikan konflik, langkah demi langkah
Konflik adalah asam garam kehidupan namun anak anda masih mentah untuk memahaminya. Bantunya dengan memberikan langkah mudah untuk menyelesaikan konflik.

Fahami perasaannya
Jika anak anda marahkan sesuatu, fahami mengapa dia berasa sedemikian dan terangkan cara bagaimana dia boleh mengatasi emosinya dan situasi tersebut. Anak anda akan berhenti melepaskan perasaan secara fizikal setelah dia faham cara untuk meluahkannya secara lisan.

Jimat masa. Beli online!

Beli Dutch Lady Nutri Plan™ untuk Si Manja anda melalui beberapa langkah yang mudah.

Beli Sekarang

Anda juga mungkin menyukai

Rangsang Potensi Otak Kanan Si Manja

Unlock Your Child's Right Brain Potential

Sesetengah kanak-kanak dikurniakan imaginasi serta kreativiti yang lebih hebat dari rakan sebayanya yang lain. Kanak-kanak kebiasaannya mudah dan cepat mentafsir sesuatu secara visual.

Baca selanjutnya

Bagaimana Kanak-kanak Bersosial

How Children Socialise

Perkembangan sosial kanak-kanak bermula dengan anda. Sebagai ibu bapa, adalah merupakan orang pertama untuk ketawa bersama mereka.

Baca selanjutnya

Aktiviti untuk Melatih Koordinasi Otak

Activities to Train Brain Coordination

Sebagai ibu bapa, menjadi ia merupakan impian kita untuk melihat si manja membesar menjadi insan yang berguna dan berjaya. Didikan dan ajaran anda yang akan menjadi acuan masa depan mereka.

Baca selanjutnya