Aktiviti untuk Melatih Koordinasi Otak - Dutch Lady Smart Moments

Susu ibu adalah yang terbaik untuk Si Manja anda

Pertubuhan Kesihatan Dunia mengesyorkan penyusuan ibu secara eksklusif bagi 6 bulan pertama Si Manja. Penyusuan menggunakan botol atau pemberian makanan dan minuman lain boleh memberi kesan negatif terhadap penyusuan ibu. Selepas berusia enam bulan, Si Manja perlulah diberikan makanan yang bersesuaian dengan umurnya disamping penyusuan ibu sehingga berumur dua tahun dan keatas. Dapatkan nasihat doktor sebelum memilih untuk menggunakan susu formula kanak-kanak atau sekiranya anda mengalami kesukaran berkenaan penyusuan ibu.

Saya telah baca dan memahami ini. Saya tidak bersetuju. Layari laman Friesland Campina.

Aktiviti untuk Melatih Koordinasi Otak

Activities to Train Brain Coordination

Sebagai ibu bapa,  ia merupakan impian kita untuk melihat si manja membesar menjadi insan yang berguna dan berjaya. Didikan dan ajaran anda  akan menjadi acuan masa depan mereka. Salah satu cara anda membantu mereka adalah dengan latihan koordinasi otak.

Latihan koordinasi ini dapat mengoptimumkan penggunaan kedua-dua belah otak melalui aktiviti-aktiviti yang betul. Otak kiri berfungsi mengendalikan matematik dan logik manakala otak kanak mengawal emosi, percakapan dan kreativiti. Kajian mendapati keseimbangan kedua-duanya menjadikan individu yang lebih fokus, mudah memahami sesuatu perkara,  berkeyakinan dan memiliki kesedaran tinggi.

Aktiviti-aktiviti yang merangsang koordinasi otak adalah sangat mudah dan selalu dilakukan. Berjalan, berlari, berenang dan merangkak adalah aktiviti yang membantu kanak-kanak menggunakan kedua-dua bahagian tubuh badannya  dan pada masa yang sama perbuatan tersebut mengaktifkan fungsi ‘corak bersilang’. 
Aktiviti lain yang boleh diamalkan adalah bermain dram kerana ia bukan sahaja melatih kedua-dua otak malah turut melatih penggunaan kaki dan tangan secara bersilang.

Latihan penggunaan tangan juga merupakan cara terbaik untuk koordinasi otak. Jika anak anda lebih banyak menggunakan tangan kanan, biasakannya untuk gunakan tangan kiri juga. Latih anak anda melukis, menulis dan menangkap barang menggunakan tangan kiri. Hanya beberapa minit sehari dapat memberikan impak yang signifikan kepada perkembangan otak si manja anda.

Jimat masa. Beli online!

Beli Dutch Lady Nutri Plan™ untuk Si Manja anda melalui beberapa langkah yang mudah.

Beli Sekarang

Anda juga mungkin menyukai

Membina Kecerdasan Emosi Si Manja

Developing Your Child's Emotional Intelligence

Kecerdasan emosi adalah pemangkinmerupakan suatu aspek penting dalam tumbesaran si manja keberkesanan kecerdasan intelek.

Baca selanjutnya

Belajar Melalui Bermain

Playing is Learning

Pakar psikologi kanak-kanak menyarankan ‘belajar sambil bermain’ adalah amalan terbaik yang penting untuk membina kreativitinya yang amat berguna apabila si manja dewasa kelak.

Baca selanjutnya

Menangani Anak Cerewet Makan

How to Manage a Fussy Eater

Hanya Ibu bapa yang mempunyai anak cerewet makan sahaja tahu betapa sukarnya berhadapan dengan masalah ini.

Baca selanjutnya