Belajar Melalui Bermain - Dutch Lady Smart Moments

Susu ibu adalah yang terbaik untuk Si Manja anda

Pertubuhan Kesihatan Dunia mengesyorkan penyusuan ibu secara eksklusif bagi 6 bulan pertama Si Manja. Penyusuan menggunakan botol atau pemberian makanan dan minuman lain boleh memberi kesan negatif terhadap penyusuan ibu. Selepas berusia enam bulan, Si Manja perlulah diberikan makanan yang bersesuaian dengan umurnya disamping penyusuan ibu sehingga berumur dua tahun dan keatas. Dapatkan nasihat doktor sebelum memilih untuk menggunakan susu formula kanak-kanak atau sekiranya anda mengalami kesukaran berkenaan penyusuan ibu.

Saya telah baca dan memahami ini. Saya tidak bersetuju. Layari laman Friesland Campina.

Belajar Melalui Bermain

Playing is Learning

Pakar psikologi kanak-kanak menyarankan ‘belajar sambil bermain’ adalah amalan  yang penting untuk membina kreativitinya yang amat berguna apabila si manja dewasa kelak.

Teknik pembelajaran orang dewasa dan kanak-kanak memang jauh berbeza. Kaedah dengar dan tulis mungkin sesuai untuk orang dewasa tetapi tidak untuk kanak-kanak. Belajar melalui bermain merupakan teknik yang lebih signifikan untuk si comel anda. Anda perlu kreatif dengan memilih permainan yang menyeronokkan untuk memaksimumkan pembelajarannya.

Pemilihan aktiviti-aktiviti memainkan peranan besar di dalam perkembangan fizikal dan otak si manja. Pilih permainan yang sesuai dengan usianya seperti permainan padankan bentuk untuk menghubungkan sel-sel otaknya manakala mengejar bola dapat membina otot.

Berikut adalah panduan untuk menyeronokkan lagi pembelajaran:

  •  Pastikan suasana yang seronok untuk bermain;
  •  Si manja akan bermain mengikut apa yang diingini;
  •  Jangan memaksa si manja untuk bermain;
  •  Imaginasi tiada batasan, ianya adalah cara terbaik untuk dia bermain;
  •  Galakkan penglibatan yang aktif dan bukan pemerhatian yang pasif.

Jenis permainan yang bagus adalah permainan yang dapat melatih pemikiran mereka. Permainan tersebut membenarkan mereka membuat keputusan sendiri dan menjadikan mereka  lebih yakin untuk cabaran yang lebih besar. Beri peluang untuk mereka mencuba selesaikan masalah dan jangan kritik idea mereka. Cara ini mampu memupuk pemikiran kreatif yang penting untuk kegunaan masa depan mereka.

Jimat masa. Beli online!

Beli Dutch Lady Nutri Plan™ untuk Si Manja anda melalui beberapa langkah yang mudah.

Beli Sekarang

Anda juga mungkin menyukai

Si Manja dan Imaginasinya

Your Toddler and Their Imagination

Imaginasi adalah aspek penting yang sering dipandang ringan dalam tumbesaran kanak-kanak. Otak kanak-kanak adalah lebih padat berbanding otak dewasa.

Baca selanjutnya

Aktiviti untuk Melatih Koordinasi Otak

Activities to Train Brain Coordination

Sebagai ibu bapa, menjadi ia merupakan impian kita untuk melihat si manja membesar menjadi insan yang berguna dan berjaya. Didikan dan ajaran anda yang akan menjadi acuan masa depan mereka.

Baca selanjutnya

Membesarkan seorang kanak-kanak yang imaginatif

Raising an imaginative child

Di usia enam tahun, kanak-kanak akan mula menjadi lebih sedar akan dirinya, jadi berpura-pura bermain “lanun” di ruang tamu mungkin tidak akan mengujanya seperti membaca dan menulis tentang lanun.

Baca selanjutnya