Batasan Baik Membawa Tingkah Laku Baik - Dutch Lady Smart Moments

Susu ibu adalah yang terbaik untuk Si Manja anda

Pertubuhan Kesihatan Dunia mengesyorkan penyusuan ibu secara eksklusif bagi 6 bulan pertama Si Manja. Penyusuan menggunakan botol atau pemberian makanan dan minuman lain boleh memberi kesan negatif terhadap penyusuan ibu. Selepas berusia enam bulan, Si Manja perlulah diberikan makanan yang bersesuaian dengan umurnya disamping penyusuan ibu sehingga berumur dua tahun dan keatas. Dapatkan nasihat doktor sebelum memilih untuk menggunakan susu formula kanak-kanak atau sekiranya anda mengalami kesukaran berkenaan penyusuan ibu.

Saya telah baca dan memahami ini. Saya tidak bersetuju. Layari laman Friesland Campina.

Batasan Baik Membawa Tingkah Laku Baik

Good Boundaries Lead to Good Behaviour

Kanak-kanak ibarat kain putih yang dicorakkan melalui pengalaman serta pembelajaran. Mereka adalah golongan kreatif yang banyak berekperimentasi untuk mengenal dan meneroka dunia. Tanpa mereka sedari, tidak semua perkara yang mereka lakukan adalah betul. Oleh itu, menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mendisiplinkan anak-anak agar mereka mematuhi peraturan dan sentiasa berada di landasan yang betul.

Berikut adalah tips untuk menetapkan batasan yang berkesan:

  • Selaraskan mesej anda: Anda dan pasangan dibesarkan dengan cara yang berlainan, maka ia menyebabkan gaya hidup anda berdua berbeza. Oleh itu, adalah penting untuk pasangan suami isteri berbincang dan selaraskan mesej yang hendak disampaikan kepada anak-anak.
  • Kejelasan adalah penting: Ibu bapa perlu jelas tentang apa yang dibenarkan dan apa yang tidak. Jika tidak, anak anda boleh menjadi keliru, dan mencari sebab untuk lawan kembali.
  • Jangan mudah cair pada rayuan: Anda perlu teguhkan pendirian dan buktikan pujuk rayu mereka tidak akan boleh mengubah anda. Mereka akan gunakan cara yang sama pada masa lain sekiranya anda akur dengan pujukan mereka.
  • Beri penghargaan dan ganjaran : Salah satu cara untuk mendisiplinkan anak-anak agar terus bertingkahlaku baik adalah melalui pujian dan pemberian hadiah. Perkara ini membuatkan usaha mereka dihargai, dan akan terus mengamalkan tingkah laku baik.
  • Gunakan sistem markah: Bagi meningkatkan pemahaman anak-anak mengenai kepentingan berdisiplin, anda boleh menggunakan sistem pemberian markah. Anda boleh tukarkan markah terkumpul dengan permainan idaman mereka.
  • Jangan berlebih-lebih: Terlalu banyak berkata ‘tidak’ akan mengurangkan keberkesanannya. Anak anda juga akan cenderung untuk terikut-ikut menggunakan perkataan tersebut kepada anda. Anda perlu tahu bila dan bagaimana untuk menggunakannya.

Kanak-kanak akan sentiasa mencabar kesabaran ibu bapa, dan ini adalah perkara biasa. Inilah caranya dia belajar, dan akan sering cuba melanggar peraturan. Sentiasa ingat peribahasa, sayangkan anak tangan-tangankan. Ketegasan dan komitmen anda dalam mendisiplinkan anak-anak akan menghasilkan insan hebat apabila mereka dewasa kelak.

Jimat masa. Beli online!

Beli Dutch Lady Nutri Plan™ untuk Si Manja anda melalui beberapa langkah yang mudah.

Beli Sekarang

Anda juga mungkin menyukai

Menangani Anak Cerewet Makan

How to Manage a Fussy Eater

Hanya Ibu bapa yang mempunyai anak cerewet makan sahaja tahu betapa sukarnya berhadapan dengan masalah ini.

Baca selanjutnya

Belajar Melalui Bermain

Playing is Learning

Pakar psikologi kanak-kanak menyarankan ‘belajar sambil bermain’ adalah amalan terbaik yang penting untuk membina kreativitinya yang amat berguna apabila si manja dewasa kelak.

Baca selanjutnya

Rangsang Potensi Otak Kanan Si Manja

Unlock Your Child's Right Brain Potential

Sesetengah kanak-kanak dikurniakan imaginasi serta kreativiti yang lebih hebat dari rakan sebayanya yang lain. Kanak-kanak kebiasaannya mudah dan cepat mentafsir sesuatu secara visual.

Baca selanjutnya