Melenyapkan Mimpi Ngeri - Dutch Lady Smart Moments

Susu ibu adalah yang terbaik untuk Si Manja anda

Pertubuhan Kesihatan Dunia mengesyorkan penyusuan ibu secara eksklusif bagi 6 bulan pertama Si Manja. Penyusuan menggunakan botol atau pemberian makanan dan minuman lain boleh memberi kesan negatif terhadap penyusuan ibu. Selepas berusia enam bulan, Si Manja perlulah diberikan makanan yang bersesuaian dengan umurnya disamping penyusuan ibu sehingga berumur dua tahun dan keatas. Dapatkan nasihat doktor sebelum memilih untuk menggunakan susu formula kanak-kanak atau sekiranya anda mengalami kesukaran berkenaan penyusuan ibu.

Saya telah baca dan memahami ini. Saya tidak bersetuju. Layari laman Friesland Campina.

Melenyapkan Mimpi Ngeri

Dispelling the Nightmares

Kanak-kanak sering mengalami mimpi ngeri. Sebenarnya mereka sedang mengalami proses membesar dan pada usia tersebut, berbagai-bagai imaginasi yang bermain  dalam fikiran mereka. Antara penyebab mimpi ngeri adalah kisah-kisah seram rancangan TV yang menakutkan, kebimbangan dan tekanan. Bagi orang dewasa, perkara begini mungkin sudah biasa bagi mereka namun bagi manja, ianya menakutkan.

Anda boleh membantu dengan:

  • Berikan pelukan: Sentuhan fizikal amat penting. Peluklah si manja sekiranya dia diganggu mimpi buruk tetapi ingat, jangan sesekali mengajaknya untuk tidur bersama-sama dengan anda kerana iatidak akan mengajar si manja untuk mengatasi ketakutan.

  • Dengar dan tenangkan: Biarkan si manja bercerita mengenai mimpi ngerinya dengan kerelaannya. Jangan paksa jika dia enggan bercerita. Beritahu si manja bahawa ia hanyalah sebuah mimpi, bukannya benar-benar berlaku. Perkara ini juga merupakan proses membezakan antara mimpi dan realiti.

  • Tindakan susulan: Perhatikan keadaan si manja pada keesokan paginya. Lihat sama ada dia ceria seperti biasa atau masih lagi terganggu dengan mimpi tersebut. Minta si manja melukiskan gambar mimpi tersebut dan kemudian, musnahkannya. Ini membantunya ‘membuang’ mimpi ngeri tersebut dari terus menghantuinya.

Untuk mengelakkan ia berlaku  lagi, cuba yang berikut:

  • Ikut rutin: Rutin yang biasa boleh menenangkan fikiran si manja. Mandian panas, memberus gigi dan pemilihan cerita sebelum tidur yang betul membantu menenangkannya.

  • Biar mereka kawal: Si manja akan berasa kurang takut sekiranya diberi kuasa untuk mengawal keadaan. Minta dia berlakon ‘menghapuskan raksasa mimpi ngeri’ atau buat kraf ‘penangkap mimpi’  untuk menapis mimpi.

Kami harap tip dan petua di atas dapat memberikan tidur yang nyenyak kepada anak anda. Sekiranya masalah masih berlanjutan, dapatkan nasihat pakar kesihatan.

Jimat masa. Beli online!

Beli Dutch Lady Nutri Plan™ untuk Si Manja anda melalui beberapa langkah yang mudah.

Beli Sekarang

Anda juga mungkin menyukai

Bentuk Budi Pekerti Si Manja

Minding Your Child's Manners

Melentur buluh biar dari rebungnya. Membentuk adab dan pekerti anak-anak perlu dari kecil lagi kerana peribadi yang baik adalah lambang asuhan ibu bapa yang mendidik mereka sejak dari lahir.

Baca selanjutnya

Menangani Anak Cerewet Makan

How to Manage a Fussy Eater

Hanya Ibu bapa yang mempunyai anak cerewet makan sahaja tahu betapa sukarnya berhadapan dengan masalah ini.

Baca selanjutnya

Aktiviti untuk Melatih Koordinasi Otak

Activities to Train Brain Coordination

Sebagai ibu bapa, menjadi ia merupakan impian kita untuk melihat si manja membesar menjadi insan yang berguna dan berjaya. Didikan dan ajaran anda yang akan menjadi acuan masa depan mereka.

Baca selanjutnya